Home Entertainment Aktor Kim Soo-hyun Menangis Tengok ‘Demon Slayer: Mugen Train’ Di Panggung Wayang

Aktor Kim Soo-hyun Menangis Tengok ‘Demon Slayer: Mugen Train’ Di Panggung Wayang

0

Pelakon Kim Soo-hyun berkata dia pernah menangis semasa menonton filem anime ‘Demon Slayer: Mugen Train’.

Video temu bual Kim Soo-hyun yang baru-baru ini kembali di skrin dengan drama ‘One Ordinary Day’ telah dimuat naik di saluran YouTube, ‘CinePlay’.

Semasa sesi soal jawab, Kim Soo-hyun ditanya adakah dia selalu menangis kerana aktor tersebut mahir sungguh berlakon dengan penuh perasaan dan emosi sehinggakan ada peminat rasa air matanya patut dapat pingat emas.

Kim Soo-hyun kemudian mula bercerita saat-saat dia menangis baru-baru ni.

Katanya, “Ada satu anime ni dipanggil ‘Demon Slayer: Mugen Train’ yang ditayangkan di pawagam, dan saya menangis menontonnya.”

dertt
Kredit foto: Cineplay

‘Demon Slayer: Mugen Train’ merupakan filem animasi Jepun tentang perang maut antara manusia dengan demon iaitu makhluk pemakan manusia.

Manusia yang terpilih sebagai demon slayer perlu penggal kepala demon sampai tercabut, namun ada pahlawan elit yang dipanggil Hashira tumpas di tangan si demon yang kuat juga. Walaupun banyak lawan-lawan, ada juga babak yang menyentuh emosi.

Rancak campaign 1640x614 1

Selain ‘Demon Slayer’, siri anime Jepun lain yang menjadi kegemaran pelakon tersebut adalah ‘Yowamushi Pedal’ iaitu cerita tentang aktiviti berbasikal.

lhfdd
Kredit foto: Cineplay

“Saya layan dua-dua cerita anime ni dan banjir jugalah sikit mata ni.” katanya lagi.

Bintang ‘My Love from the Star’ itu turut berpendapat anime ‘Demon Slayer’ dan ‘Yowamushi Pedal’ memang bagus.

Filem ‘Demon Slayer: Mugen Train’ ini setahu anda boleh tonton di Viu, Netflix dan Iqiyi. Selain filem, anime ini turut mempunyai siri yang menceritakan kisah dua beradik yang jadi watak utama iaitu Tanjiro dan Nezuko.

Manakala musim terbaru, ‘Demon Slayer: Entertainment District Arc’ pula baru keluar di Viu.

demon slayer kimetsu no yaiba entertainment district arc sub indo viu
Kredit foto: Viu

Anda mungkin berminat untuk baca lagi artikel tentang aktor termahal ini:

Kim Soo-hyun Terima Bayaran Hampir RM 2 Juta Untuk Setiap Episod Drama ‘One Ordinary Day’

Akhirnya Kim Soo-hyun Berjaya Tamatkan Khidmat Ketenteraan. Ini Respon Beliau Sebaik ‘Dibebaskan’

Kim Soo Hyun Mengesahkan Drama Pertamanya Selepas Pulang Dari Latihan Tentera.

Sumber: Kbizoom