Home Disney+ The Manipulated, Pertarungan Balas Dendam Ji Chang Wook dan D.O. EXO di...

The Manipulated, Pertarungan Balas Dendam Ji Chang Wook dan D.O. EXO di Disney+

0

Ada khabar baik buat pencinta drama Korea bergenre thriller!

Jika anda sedang mencari tontonan penuh aksi dan misteri, drama terbaharu di Disney+ berjudul The Manipulated wajib masuk dalam senarai pilihan anda. Drama ini menampilkan dua bintang popular, Ji Chang Wook dan D.O. EXO (Do Kyung Soo), yang membawakan watak dengan sisi berbeza daripada kebiasaan mereka.

Sinopsis The Manipulated

IMG 9888
Screenshot

The Manipulated berpusat pada watak Tae Joong (Ji Chang Wook), seorang lelaki biasa yang hidupnya berubah 180 darjah selepas dipenjara tanpa sebab kerana jenayah kejam yang tidak pernah dilakukannya. Tidak lama kemudian, dia mendapati semuanya adalah rancangan licik Yo Han (Do Kyung Soo), dalang yang sengaja memanipulasi seluruh kehidupannya.

Hidupnya yang musnah dalam sekelip mata mendorong Tae Joong untuk memulakan misi balas dendam. Sementara itu, Yo Han pula digambarkan sebagai watak antagonis utama – seorang yang dingin, kejam, penuh perhitungan, dan sangat bijak memanipulasi orang lain.

Ketegangan antara dua watak ini tergambar jelas dalam poster rasmi drama tersebut – Tae Joong dilihat melepaskan pukulan penuh amarah, manakala Yo Han menahan dengan senyuman sinis. Kontras antara mereka diperkukuh lagi dengan penggunaan warna hitam dan putih pada poster.

Jadual Siaran The Manipulated

IMG 9891

The Manipulated dijadualkan tayang perdana di Disney+ pada 5 November 2025. Dengan jalan cerita yang penuh tanda tanya, ia sudah menjadi antara drama yang paling dinanti peminat.

Jumlah Episod: 12 episod

05 Nov 2025: Episod 1-4
12 Nov 2025: Episod 5-6
19 Nov 2025: Episod 7-8
26 Nov 2025: Episod 9-10
03 Dis 2025: Episod Akhir 11-12

Fakta Menarik The Manipulated:

1. Debut Antagonis D.O. EXO

5a5dfbf9 e539 49d1 a923 09f7658eb6ac

Buat pertama kali, Do Kyung Soo tampil memegang watak antagonis sebagai Yo Han, lelaki manipulatif yang dingin dan kejam – sangat berbeza daripada watak-watak sebelum ini. Ia menjadi cabaran baharu yang amat dinantikan para peminat.

2. Ditulis oleh Penulis Skrip Popular

IMG 9883

Penulisnya ialah Oh Sang Ho, individu sama di sebalik kejayaan drama Taxi Driver dan filem The Roundup: Punishment. Maka tidak hairanlah jika drama ini dijangka penuh dengan cerita yang mantap, penuh aksi, dan mendebarkan.

3. Drama Balas Dendam yang Segar

The manipulated

Ji Chang Wook menyifatkan The Manipulated sebagai drama balas dendam dengan “nada yang segar dan pelbagai lapisan” yang jarang dilihat sejak kebelakangan ini. Beliau turut menambah bahawa drama ini menawarkan visual yang mengasyikkan serta aksi yang menarik untuk ditonton.

4. Naskhah yang Pantas dan Padat Aksi

IMG 9885

Do Kyung Soo pula berkongsi bahawa skrip drama ini “sangat mengujakan”. Ceritanya yang pantas bergerak, ditambah dengan adegan aksi dan perlumbaan, membuatkan beliau sangat menantikan hasil akhir drama ini.

5. Dibarisi Pelakon Hebat Lain

IMG 9884

Selain Ji Chang Wook dan Do Kyung Soo, drama ini turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Kim Jong Soo, Jo Yoon Soo, dan Lee Kwang Soo. Gabungan tenaga pelakon ini dijangka menghasilkan sinergi mantap dan meningkatkan impak keseluruhan drama.

Jadi, jangan lupa catat tarikh tayangannya, 5 November 2025 di Disney+. Bersedia untuk menyaksikan kisah balas dendam penuh manipulasi yang mendebarkan ini!

Baca lagi: 11 Drama Korea Era Dinasti Joseon 2025, Dari Cinta, Komedi hingga Politik
Baca juga: ONE PUNCH MAN Musim 3, Pertarungan Gergasi Menanti Oktober 2025