Home News The Killing Vote: 7 Sebab Mengapa Lee Min Soo Bukan Gaetal Si...

The Killing Vote: 7 Sebab Mengapa Lee Min Soo Bukan Gaetal Si Topeng Anjing

0

Misteri tentang siapakah sebenarnya sosok Gaetal yang sebenar dalam drama siri The Killing Vote masih sangat sukar untuk diteka dan dirungkaikan.

Watak misteri dalam The Killing Vote ini sangat pandai berselindung dan menyembunyikan identitinya. Terdapat beberapa watak yang memang dicurigai dan disyaki sebagai sosok Gaetal. Namun, dari beberapa petunjuk yang ditemui setakat ini, belum dapat membuktikan kebenaran tentang siapakah sosok misteri disebalik topeng yang menganjurkan undian untuk membunuh penjenayah dan penjahat yang lepas bebas.

IMG 6351

Pada awalnya, salah satu watak yang disyaki dan dicurigai sebagai Gaetal adalah watak Lee Min Soo (Kim Kwon). Walau bagaimanapun, setelah diperhatikan dengan lebih terperincin, Lee Min Soo kemungkinan bukanlah orang yang sesuai untuk dituduh sebagai Gaetal.

Berikut ini merupakan 7 sebab dan alasan, mengapakah Lee Min Soo sebenarnya bukanlah Gaetal, jom sama-sama kita lihat ulasannya:

 

1f2d148e d87b 46aa 969a 36106650c6151. Lee Min Soo mempunyai sifat dan keperibadian seorang psikopat. Sifat yang ditunjukkan ini tidak sesuai dengan Gaetal yang hanya menghukum penjahat dan penjenayah sahaja

 

0fb2782e f055 41db 9903 dabdff5b9e2f2. Lee Min Soo membunuh mangsa-mangsa yang bukan seorang penjahat atau penjenayah, dia hanya hanya membunuh kerana emosi dan mentalnya terganggu

 

IMG 63533. Perkara ini terbukti apabila Lee Min Soo membunuh Kwon Na Rae dan isteri Bae Gi Chul. Dia juga akan menyeksa gadis yang menjalin hubungan dengannya

 

be18164e b75a 42cc a902 ee6cefb4323a 14. Kemungkinan bahawa Lee Min Soo hanya menyerupai sosok Gaetal adalah sangat besar. Sebab, ada beberapa perkara yang sangat menyimpang dari segi psikologi seorang Gaetal berbanding Lee Min Soo

 

afe1848a 73cf 4d21 9401 301ae2f4222a 15. Video Lee Min Soo memakai topeng anjing yang dihantar kepada ibunya, video adalah kerana dia ingin menjadi seorang pahlawan seperti Gaetal

 

The killing vote 6. Nampaknya seperti Lee Min Soo hanya akan terlibat dalam hukuman yang dilakukan oleh Gaetal.

 

IMG 63487. Dari beberapa petunjuk yang muncul, kemungkinan besar Lee Min Soo adalah target utama Gaetal. Sebab utama adalah kerana banyak kejahatan yang telah dilakukannya

Jika memang terbukti Lee Min Soo bukan Gaetal, maka sosok sebenar disebalik individu bertopeng anjing itu akan menjadi plot twist yang sangat mengejutkan dalam The Killing Vote. Menurut anda, siapakah Gaetal sebenarnya?

Baca lagi: The Killing Vote: Adakah Lee Min Soo Adalah Gaetal, Si Topeng Anjing?
Baca juga: The Killing Vote: Temubual Eksklusif Bersama Park Hae Jin, Lim Ji Yeon dan Park Sung Woong