Home Entertainment Terkini!!- Ryan Reynolds Dan Blake Lively Sambut Kelahiran Anak Ke-4

Terkini!!- Ryan Reynolds Dan Blake Lively Sambut Kelahiran Anak Ke-4

251
0

Berita mengujakan buat para peminat pasangan Blake Lively dan Ryan Reynolds apabila akhirnya pasangan ini telah menyambut kelahiran anak mereka yang ke empat. Dengan kehadiran bayi comel ini, pasti rumah pasangan ini bertambah ceria dan hingar bingar.

C6E119E0 4C08 451B 9D00 5843DBC49B14

Blake Lively dan suaminya pelakon terkenal
iaitu Ryan Reynolds telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan sebelum kehadiran bayi ke-4 mereka ini. Ketiga-tiga anak perempuan mereka adalah James berusia 7 tahun, Inez berusia 6 tahun dan Betty berusia 3 tahun.

C5732488 9BF9 48F2 B3C0 D837B0528CCE

Pada 12 Februari 2023, Blake Lively telah memuat naik satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya dengan gambar perutnya yang sudah kempis dengan mengenakan singlet berwarna hitam serta seluar jeans denim berwarna biru.

80CFA805 7A1F 4744 AAB6 E82AAD20692F

Ruangan komen dipenuhi dengan tanda tanya kerana pelakon itu kelihatan sangat langsing dan sudah tidak berperut boyot lagi. Tidak kurang juga ramai yang memuji kerana sepantas itu Blake Lively boleh mengembalikan bentuk badan asal selepas melahirkan anak.

Pasangan romantis ini belum lagi mengumumkan nama dan jantina bayi mereka namun ada ura-ura yang mengatakan bahawa anak ke-4 mereka ini juga adalah seorang bayi perempuan.

Sebelum ini Ryan Reynolds pernah bergurau di sebuah acara dan menyatakan bahawa dia tidak kisah jika dikurniakan seorang lagi anak perempuan. Melalui temu bual dalam rancangan Today pada 7 November 2022, Ryan Reynolds dipetik berkata “ saya cukup arif tentang anak-anak perempuan” dan dia berkata lagi, “saya harap dapat lagi satu anak perempuan”.

Ryan Reynolds menyatakan bahawa dia adalah anak paling bongsu dari 4 orang adik beradik yang kesemuanya adalah lelaki. Dia juga sangat faham bahawa 4 orang anak lelaki akan lebih kacau-bilau berbanding anak-anak perempuan.

“Adik beradik saya semuanya lelaki, jadi saya tahu melalui pengalaman”. Ryan Reynolds juga berkata, “saya sangat menyukai kehidupan saya dan rumah saya. Saya adalah anak yang paling bongsu dan kerja kami hanyalah membuat sepah dan macam-macam bencana”.

Sementara itu, isteri kepada Ryan Reynolds pula mempunyai 5 orang adik beradik semuanya dan tidak menjadi masalah baginya untuk menjaga dan meluangkan masa bagi 4 orang anaknya kini. Mereka sudah biasa hidup dalam lingkungan keluarga yang besar dan meriah.

Blake Lively memberitahu bahawa keluarga adalah perkara yang paling penting baginya. Dia menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

7EF4B97D 3FE1 4094 B2F8 9805456FF3BA

Ryan Reynolds dan Blake Lively mendirikan rumah tangga pada 9 September 2012 dan mereka dianggap antara pasangan paling romantis tanpa sebarang kontroversi dari Hollywood.

Baca Lagi: 10 Fakta Menarik Tentang George Clooney

Baca Juga: 5 Artis Paling Kaya Di Dunia