Home Kdrama/Kmovie Telefon Nam Joo Hyuk Selalu Berdering Kerana Spekulasi ‘Kematian Baek Yi Jin’

Telefon Nam Joo Hyuk Selalu Berdering Kerana Spekulasi ‘Kematian Baek Yi Jin’

0

Aktor Nam Joo-hyuk membuka mulut tentang kematian Lee Baek Jin, watak yang dimainkannya dalam drama tvN, ‘Twenty-five Twenty-One’.

Baru-baru ini agensi pengurusannya, Management Soop memuat naik rakaman video aktor itu menghantar mesej kepada peminat dan penonton drama tersebut.

2

Pada penghujung video, dia mengulas tentang hipotesis ‘Baek Yi Jin Mati’ yang jadi topik perbincangan peminat.

“Saya menerima banyak panggilan telefon yang bertanya pada saya, ‘Kenapa kamu mati?’”

“Saya pun tak tahulah kenapa mereka ni nak bersungguh sangat nak ‘bunuh’ (watak) saya itu. Mungkin ada semangat jahat yang merancang. Kepada semangat jahat, berhentilah.” katanya sambil tergelak kecil.

Baca lagi: 5 Drama Untuk Ditonton Jika Anda Suka “Twenty Five, Twenty One”

Baca lagi: 5 Foto Artis Korea Yang Diedit Jadi Gambar Kad Nikah Oleh Peminat

“Diharap anda terus sudi menonton episod-episod seterusnya yang masih berbaki, saya akan tunjukkan sisi berbeza watak saya.”

Dengan populariti drama ‘’Twenty-Five Twenty One’ ini, terdapat pelbagai spekulasi tentang masa depan Baek Yi Jin termasuklah teori kemungkinan Baek Yi Jin meninggal dan tidak hidup semasa zaman kini dalam drama.

Sumber: [1]