Home Entertainment “Takkan Nak Buat Aksi Macam Tu”- Zahiril Adzim Tolak Tawaran Berlakon Hollywood...

“Takkan Nak Buat Aksi Macam Tu”- Zahiril Adzim Tolak Tawaran Berlakon Hollywood Kerana Aksi Ini

0

Pelakon kacak serba boleh, Zahiril Adzim menolak tawaran lakonan di Hollywood kerana menuntutnya untuk melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya seperti adegan ranjang di atas katil.

Menurut pelakon atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 38, lakonan tersebut ditolak kerana melanggar prinsip nya sebagai seorang yang beragama Islam. Tambahan pula, status suami dan ayah yang dipegang olehnya tidak sesuai untuk dia melakonkan adegan sebegitu rupa.

WhatsApp Image 2021 05 19 at 3.19.37 PM e1621410155262

“Saya baru mula membaca skrip, tetapi di awalnya sahaja sudah tertera bahawa terdapat adegan babak intim di atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita tersebut berbogel separuh badan. Tanpa berfikir panjang, saya terus menolak tawaran tersebut, kesian anak bini tengok saya macam tu, tak apa ada banyak lagi tawaran lain.” jelas Adzim yang ditemubual selepas tayangan filem Ada Hantu 2,semalam.

download 1 1

Mempunyai impian untuk melebarkan sayap dunia lakonan nya namun itu tidak bermakna dia harus melanggar hukum yang ditetapkan dalam agama malah dia turut menggangap bahawa semua itu adalah duniawi semata-mata.

“Siapa je taknak berlakon Hollywood, tapi saya tidak kejarkan sangat tawaran tersebut, tetapi kalau menuntut untuk adegan tersebut, saya tidak akan pernah mahu.”

Katanya, walaupun pelakon harus mengambil risiko demi watak yang dilakon kan olehnya, tetapi dia memiliki pendirian sebagai seorang Muslim.

“Ya, pelakon sepatut lakukan apa sahaja untuk watak yang bakal dilakonkan, tetapi itu bergantung kepada individu tersebut.”

“Saya berpegang kepada agama dan prinsip saya, saya tidak akan menidakkan prinsip dan agama yang telah utuh dalam diri saya hanya untuk sebuah watak.” Jelas Zahiril lagi.

Zahiril bakal muncul dalam filem terbaru, Ada Hantu 2 yang turut dilakonkan bersama Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan Rubini Sambanthan.

Filem arahan Hairul itu bakal menjengah ke pawagam seluruh Malaysia pada 15 September ini.

Sumber: Kosmo! Online

Baca artikel terdahulu: “Mereka Dah Berani Tunjuk”-Netizen Korea Syak V BTS & Jennie BLACKPINK Keluar Bersama Ketika Di NYC