Home Entertainment “Mereka Dah Berani Tunjuk”-Netizen Korea Syak V BTS & Jennie BLACKPINK Keluar...

“Mereka Dah Berani Tunjuk”-Netizen Korea Syak V BTS & Jennie BLACKPINK Keluar Bersama Ketika di NYC

0

1662490236 untitled 1

Dua minggu yang lepas, BLACKPINK telah ke New York bagi menghadiri anugerah VMA 2022. BLACKPINK telah berlepas ke NYC pada 25 Ogos dan turut menyapa peminat nya yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Tidak tahu la secara kebetulan atau tidak, V BTS turut kelihatan di lapangan terbang yang sama sehari sebelum BLACKPINK berlepas dan turut ke destinasi yang sama iaitu New York. Pada mulanya, ramai nya tidak mengetahui sebab V BTS berangkat ke NYC, tetapi akhirnya terungkai bahawa beliau ke sana atas tujuan pengambaran untuk majalah Vogue.

Ramai juga yang beranggapan V BTS ke sana kerana ingin keluar bersama Jennie tanpa menjadi buruan media sepertimana yang terjadi jika mereka berada di Korea. Pada 6 September, V telah memuatnaik gambar ketika di NYC di instagram miliknya. Netizen mula membandingkan gambar yang turut dimuat naik oleh Jennie.

Amat mengejutkan apabila gambar yang diambil adalah di lokasi dan waktu yang sama dan menguatkan dakwaan bahawa mereka sememangnya ke sana bukan sahaja atas tujuan bekerja tetapi juga untuk keluar bersama-sama tanpa gangguan.

1662492027 image

Salah satu lokasi yang acapkali dikunjungi orang ramai ialah port feri berdekatan dengan Liberty National Golf Course.

1662492890 fb8y358x0aeo ng

Dan lokasi lain adalah sekitar bandar di NYC.

Netizen Korea mula membuat spekulasi yang mereka berdua tidak lagi segan untuk menunjukkan yang mereka berdua sememangnya sedang dalam perhubungan.

“Diaorang dah berani tunjuk la”

“Apa sahaja la asalkan mereka berdua bahagia”

“Ohhhh tetapi kenapa agensi mereka berdiam diri lagi?”

“Betul la tu tak ada nya kebetulan”

“Lovestagram mereka memang obvious ya sekarang”

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Yoona Girls Generation Naik Berat Badan Hanya Sebab Ini?!