Home K - Pop “Beragaklah Nak Pakai Macam Tu”- Pakaian Wonho Dikritik Ketika Persembahan Baru-Baru Ini

“Beragaklah Nak Pakai Macam Tu”- Pakaian Wonho Dikritik Ketika Persembahan Baru-Baru Ini

0

Wonho telah mencetus pelbagai reaksi daripada netizen selepas berpakaian yang tidak sepatutnya ketika persembahan baru-baru ini

Baru-baru ini, salah seorang pengguna di forum komuniti telah membuat satu posting bertajuk, “Pakaian Wonho ketika Konsert, samada Dibenci atau Disukai”. Netizen turut menyertakan beberapa resit bukti yang diambil ketika konsert Wonho baru-baru ini.

Di dalam gambar tersebut, Wonho dilihat memakai seluar panjang yang mendedahkan bahagian tepi kakinya. Di dalam gambar lain, Wonho memakai tank top berwarna putih dan jeans yang kedua-dua nya digunting di bahagian tepi. Dalam gambar lain pula, Wonho dilihat tidak mengenakan baju dan memakai seluar yang hampir mendedahkan keseluruhan tubuhnya.

1662520573 jmish

1662520581

1662520590 niouf

1662520600 ckngb

1662520604 enrae

Komen netizen turut kelihatan di posting tersebut:

“Dia ni kenapa?”

“Saya tak suka pakaian nya ini”

“Mesti ada yang suka dia berpakaian begini, tapi bukan saya”

“Saya rasa kelakar la”

“Pelik, apa yang dia cuba sampai kan? tetapi kalau dia suka tidak mengapa la”

“Kenapa dia sebegini TTT”

“Apa yang saya sedang tengok ni?”

“Sangat menyusahkan orang”

Tetapi ada netizen yang menyokong tindakan Wunho tersebut:

“Dia nampak okay je”

“Ala idol perempuan lagi seksi dan terdedah daripada lelaki, berhenti la menjadi terlalu penyibuk dan mengkritik pakaian mereka”

“Peminat Wonhoo mesti suka”

“Dia buat apa sahaja yang dia suka selepas debut sebagai artis solo”

Biar la kan, nama pun fesyen… hehehe

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Takkan Nak Buat Aksi Macam Tu”- Zahiril Adzim Tolak Tawaran Berlakon Hollywood Kerana Aksi Ini