Home Entertainment Tiada Lagi Kisah Percintaan Yuri Girls Generation Selepas Putus Dengan Individu Ini

Tiada Lagi Kisah Percintaan Yuri Girls Generation Selepas Putus Dengan Individu Ini

0

Yuri membuat penampilan sulungnya sebagai ahli kumpulan Girls Generation pada Ogos 2007. Selepas penampilan sulungnya, Yuri dikenali sebagai salah satu idola K-pop teratas dalam industri, dengan Girls Generation mengukuhkan kedudukan mereka sebagai Kumpulan Perempuan Negara.

Dengan status yang hebat, Yuri telah mendapat tumpuan dari orang ramai, dan ramai yang sentiasa tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan peribadinya.

Song Review: Yuri (SNSD) – Into You | The Bias List // K-Pop Reviews & Discussion

Malah, penyanyi “FOREVER 1” itu pernah disahkan berpacaran dengan seorang atlet – pemain besbol Oh Seung Hwan. Tetapi bagaimana mereka bertemu? Mengapa mereka berpisah? Teruskan membaca untuk mengetahui!

Kembali pada tahun 2015 bulan April, dimana berita tersebar bahawa ahli Girls Generation Yuri menjalin hubungan dengan pemain besbol profesional Oh Seung Hwan, selepas gambar mereka berdua dalam perjalanan pulang dari menonton filem Ode to My Father tersebar.

yuri oh seung hwan 1

Berita itu dilaporkan oleh media Ilyo News pada 20 April. Saluran media itu melaporkan bahawa pada Mac 2014, hanya tujuh daripada lapan ahli Girls Generation pulang ke Korea Selatan selepas menamatkan rakaman di Jepun pada 6 Mac tahun itu.

Didedahkan bahawa Yuri satu-satunya yang masih di Osaka atas sebab peribadi. Lima hari kemudian, dia kembali ke Korea Selatan iaitu pada 11 Mac 2014.

Kemudian didedahkan bahawa pada 12 Mac, terdapat perlawanan antara Hanshin Tigers dan Tokyo Yakult Swallows yang berlangsung di Stadium Koshien.

yuri oh seung hwan

Walaupun Yuri kembali ke Korea Selatan sehari sebelum perlawanan kekasihnya, media melaporkan bahawa hubungan percintaan Yuri dan Oh Seung Hwan sudah terkenal di kalangan pemain besbol dan pegawai industri besbol.

Laporan menambah bahawa lawatan Yuri ke Osaka lebih kepada untuk memberi sokongan untuk permainan Oh Seung Hwan yang akan datang, dan bukannya untuk mereka ber’dating’.

Yuri dan Oh Seung Hwan dilaporkan terus bertemu pada November dan Disember 2014. Tetapi mereka tidak berdating berdua. Untuk mengelak kontroversi daripada media, mereka memilih untuk keluar bersama rakan dan kenalan mereka.

Yuri dan Oh Seung Hwan sering bertemu antara satu sama lain semasa Oh Seung Hwan berada di Korea Selatan. Mereka berdua dilaporkan akan menghabiskan masa di restoran, taman hiburan, panggung wayang, dan lain-lain.

Yuri 2

Laporan TV menyatakan bahawa kedua-duanya bertemu selepas diperkenalkan antara satu sama lain oleh seorang kenalan. Kedua-duanya juga berbeza umur tujuh tahun, dengan Yuri dilahirkan pada tahun 1989, manakala Oh Seung Hwan dilahirkan pada tahun 1982.

Bagaimanapun, enam bulan selepas mengesahkan hubungan mereka, kedua-duanya berpisah pada Oktober 2015 kerana jarak yang jauh (Korea dan Jepun).

Sejak itu, tiada lagi gossip percintaan Yuri.

Baca lagi: Yoona Girls Generation Naik Berat Badan Hanya Sebab Ini?!