Home Entertainment T.O.P Big Bang Akan Mula Berbisnes, Tetapi Peminat Beragama Islam Tidak Boleh...

T.O.P Big Bang Akan Mula Berbisnes, Tetapi Peminat Beragama Islam Tidak Boleh ‘Support’ Perniagaan T.O.P Ini

0

Selepas pengesahan secara rasmi pengundurannya daripada YG Entertainment, penyanyi terkenal kumpulan Big Bang iaitu T.O.P, dikhabarkan akan memulakan perniagaan sendiri tidak lama lagi.

Menurut T.O.P, dia sudah lama ingin membuka perniagaan minuman keras dan perkara tersebut bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Perkara tersebut turut disahkan YG menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

36ec8087 1537 46af 8df6 a1b0d4fcb5a5

“Setelah lagu terbaharu Big Bang dilancarkan iaitu Still Life yang sehingga kini masih lagi meraih perhatian penonton dengan lebih 30 juta tontonan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut, T.O.P telah membuat keputusan untuk meninggalkan YG Entertainment.

“Pada 5 April lalu, T.O.P sendiri telah memuat naik pesanan khas buat para peminatnya melalui akaun Instagram miliknya.

“T.O.P mengambil keputusan meninggalkan YG untuk perniagaan baharu yang kini sudah mempunyai akaun Instagram dan sudah diikuti lebih 10 ribu pengikut,” tulis YG Entertainment.

bigbang top 25

Rata-rata peminat menyokong dan menghormati keputusan yang dibuat lelaki berusia 35 tahun itu untuk melebarkan bakatnya dalam bidang perniagaan.

Baca lagi: Single’s Inferno 2 Bakal Kembali Dengan Lebih Panas, Bagaimana Para Peserta Direkrut

Baca lagi: Pakar Teknologi Korea Kata Jangan Letak Gambar Gaya ‘Peace’ Di Media Sosial

 

Sumber: [1]