Home Entertainment Strong Girl Nam Soon: Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk Membuat...

Strong Girl Nam Soon: Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk Membuat Kemunculan Istimewa di Episod 3

0

Strong Girl Nam Soon akan bersiaran untuk episod ke-3 dan ke-4 minggu ini. Menjelang penayangan episod terbaru, pihak produksi telah mendedahkan sejumlah still cuts, dimana penonton bakal dapat menyaksikan kembalinya pasangan utama dari drama ‘Strong Woman Do Bong Soon’.

Memetik dari Soompi pada 13 Oktober 2023, dalam episod ‘Strong Girl Nam Soon’ minggu ini akan menampilkan adegan “reunion” dari pasangan utama drama ‘Strong Woman Do Bong Soon’ yang akan kembali ke layar skrin setelah 6 tahun lamanya.

IMG 8477

Dari sejumlah still cuts adegan terbaru, menampilkan Ahn Min Hyuk (Park Hyung Sik) dan Do Bong Soon (Park Bo Young) yang tanpa alasan tertentu berada di balai polis.

IMG 8481

Dapat dilihat juga Ahn Min Hyuk berada di pintu balai polis dengan ekspresi terkejut. Dia kemudian menenangkan Do Bong Soon dengan membelai wajahnya. Setelah Do Bong Soon merasa lebih tenang, dia pun tersenyum, dan menunjukkan chemistry yang manis dengan Ahn Min Hyuk.

IMG 8480 1

Di gambar yang lain menampilkan pertemuan tiga karakter antara Gil Joong Gan, Do Bong Soon, dan Ahn Min Hyuk, juga mengundang rasa ingin tahu apakah yang sedang berlaku diantara mereka.

IMG 8460Gil Joong Gan memasuki balai polis dengan auranya yang megah. Dia menghulurkan tangannya kepada Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk.

Strong girl nam soon

Pihak produksi menyampaikan, “Penampilan istimewa Park Bo Young dan Park Hyung Sik, di awal-awal drama ‘Strong Girl Nam Soon’ sangatlah bermakna. Kembalinya pasangan kuat Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk akan menampilkan chemistry yang menyenangkan.”

Mereka menambah lagi, “Pertemuan antara ahli keluarga yang memiliki kekuatan juga akan ditampilkan dalam adegan yang menyenangkan. Jadi, tolong nantikan penampilan mereka.”

Bagi yang belum tahu, drama Korea ‘Strong Girl Nam Soon’ merupakan spin-off dari drama Korea ‘Strong Woman Do Bong Soon’.

Drama ini menceritakan 3 generasi wanita yang terlahir dengan kekuatan luar biasa. Mereka terlibat dengan penyiasatan terhadap kejahatan dadah yang berlaku di wilayah Gangnam.

IMG 8476 2

Lee Yoo-mi membawa watak sebagai sepupu kedua Do Bong Soon, bernama Gang Nam Soon, seorang gadis yang ceria dengan kekuatan yang luar biasa. Di awal-awal episod lepas, dapat kita saksikan kekuatan Nam Soon ketika menyelamatkan kapal terbang dari terbabas di landasan. Nampaknya Nam Soon memiliki kekuatan super yang lebih hebat berbanding Bong Soon dan juga ahli keluarganya lain. Kini dia terbang dari Mongolia untuk mencari keberadaan orang tuanya.

IMG 7836

Kim Jung Eun sebagai ibu Nam Soon, bernama Hwang Geum Joo, seorang yang kaya raya dan pemurah di Gangnam yang memiliki rasa keadilan yang tinggi.

IMG 8482

Sedangkan Kim Hae Sook sebagai nenek Gang Nam Soon, bernama Gil Joong Gan, seorang lagenda di daerah Majang.

 

Jangan lupa saksikan episod 3 dan 4 drama Korea ‘Strong Girl Nam Soon’ pada Sabtu 14 Oktober dan Ahad 15 Oktober 2023, selepas jam 11 malam di Netflix ya!

Baca lagi: Ulasan Episod 1 Strong Girl Nam Soon, Siapakah Lelaki Misteri yang Muncul di Lapangan Terbang?
Baca juga: Kdrama Terbaru ‘Strong Girl Nam Soon, Merupakan Kisah Sepupu Do Bong Soon