Home Dari Kisah Benar Stesen Minyak Petronas Terbakar Berpunca Dari Kereta Kancil

Stesen Minyak Petronas Terbakar Berpunca Dari Kereta Kancil

0

Tular sebuah klip video yang menunjukkan Stesen Minyak Petronas yang terbakar berpunca daripada sebuah kereta kancil. Disebabkan oleh kecerdasan pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, sebuah stesen minyak berjaya diselamatkan daripada meletup dalam satu kejadian kebakaran di jalan Rantau Panjang pagi tadi.

Baca lagi: Ular Muncul Dalam Pesawat, Penerbangan Terpaksa Berhenti Di Kuching

Baca lagi: Beli Kambing Online, RM13500 Lesap

Kejadian tersebut dipercayai akibat daripada sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di salah satu pam minyak stesen minyak berkenaan. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.36 pagi.

“Sebaik saja tiba di lokasi berkenaan, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum api merebak ke sebuah pam petrol berkenaan…” – Katanya

“Kebakaran berjaya dikawal beberapa minit kemudian dan mengaktifkan sistem keselamatan di stesen minyak berkenaan…” – Katanya lagi

Menurut Imran lagi, pihaknya bersama lima anggota dan sebuah jentera terbabit dalam operasi pemadaman itu.
Kereta berkenaan dinaiki dua individu namun kedua-duanya dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian.

Kereta berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 50 peratus manakala sebuah pam minyak dengan empat nozzle hangus dan musnah seratus peratus.

Beliau menjelaskan, empat pam yang berada di stesen minyak berkenaan tidak terbabit, hanya satu pam yang mengalami kemusnahan.

“Puncanya masih belum diketahui dan dalam siasatan pihak Bomba lagi…” – Jelasnya

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Sumber: Instagram, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.