Home Dari Kisah Benar Beli Kambing Online, RM13500 Lesap

Beli Kambing Online, RM13500 Lesap

0

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap. Keinginan seorang pemuda bergelar penternak kambing musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan dalam talian, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, mangsa yang berusia 25 tahun kerugian RM13,500 selepas membayar wang pendahuluan bagi pembelian 50 ekor kambing.

Baca lagi: Mengejutkan! Kren Gondola Terhayun Dipukul Ribut

Baca lagi: Ular Muncul Dalam Pesawat, Penerbangan Terpaksa Berhenti Di Kuching

Katanya, mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran harga istimewa bernilai RM570 untuk seekor kambing termasuk kos penghantaran menerusi iklan dalam media sosial.

“Mangsa menghubungi suspek dan membayar wang deposit pada hari sama dengan jaminan kambing-kambing dihantar tiga hari kemudian, namun, tempahan yang dipesan tidak sampai seperti dijanjikan…”

“Suspek memberi alasan kelewatan itu berpunca kerana pemandu lori dijangkiti Covid-19 dan berjanji memulangkan semula wang pendahuluan itu selepas didesak mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

kambing
M. Zambri berkata, suspek bukan sahaja gagal mengotakan janji, malah tidak menjawab panggilan dan menyekat nombor telefon mangsa termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, pemuda itu yang menyedari tertipu kemudian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.