Home Dari Kisah Benar Mengejutkan! Kren Gondola Terhayun Dipukul Ribut

Mengejutkan! Kren Gondola Terhayun Dipukul Ribut

0

Kren Gondola terhayun dipukul ribut seperti buaian. Beberapa orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin dalam satu kejadian di sebuah menara di Jalan Kemuning di ibu negara. Klip video tersebut menunjukkan kejadian yang berlaku pada jam 3:56 petang menjadi tular di laman sosial Tiktok dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya.

Baca lagi: Ular Muncul Dalam Pesawat, Penerbangan Terpaksa Berhenti Di Kuching

Baca lagi: Akibat Suka Cas Telefon Terlalu Lama, Telefon Meletup Dan Rumah Hampir Terbakar

Warganet meluahkan rasa cemas melihat kejadian terbabit secara langsung dan dalam masa yang sama turut mendoakan keselamatan pekerja-pekerja tempatan yang berada di sana. Kren gondola tersebut turut terhuyung-hayang ditolak angin seterusnya menghempas cermin dan besi bangunan.

Dalam masa yang sama, ia turut menghentam dinding bangunan sebelum ianya tersangkut pada bahagian tepi bangunan tersebut setinggi 48 tingkat itu. Semasa kejadian, peluang tersebut diambil oleh pekerja pembersihan yang terbabit untuk memanjat bahagian bumbung dan menyelamatkan diri.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.