Home Entertainment Song Joong Ki, Nichkhun 2PM, Khir Rahman Dan Ramai Pelakon Popular Di...

Song Joong Ki, Nichkhun 2PM, Khir Rahman Dan Ramai Pelakon Popular Di Viu November Ini

0

Cepat je masa berlalu, sekarang kita semua dah berada di pertengahan bulan November. Korang mesti tak sabar nak tengok cerita-cerita baru untuk korang tonton kan?

Sekarang korang dah tak perlu risau, sebab dekat Viu, korang boleh tengok pelbagai rancangan hiburan, drama dan juga filem yang terbaru.

Tanpa melengahkan masa, jom kita baca 5 sinopsis drama-drama dan rancangan hiburan tersebut!

Reborn Rich

Reborn Rich” Previews Song Joong Ki As Mysterious Member Of Chaebol Family + Drama Confirmed To Air 3 Times A Week | Soompi

Song Joong Ki memegang watak sebagai anak konglomerat menerusi drama terbarunya, Reborn Rich. Ini adalah kisah balas dendam untuk seorang lelaki yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan mengorbankan hidupnya sebagai hamba keluarga chaebol.

Diadaptasi daripada novel web popular di Korea Selatan, Reborn Rich berlatarkan ’80-an’ tentang keluarga Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki). Dia meninggal dunia selepas dituduh menggelapkan wang daripada keluarga Sunyang Group.

Excited for 'Reborn Rich'? Here are other Song Joong Ki Dramas you must Check out First | allkpop

Yoon Hyun Woo dilahirkan semula sebagai Jin Do Joon dan berusaha untuk membalas dendam terhadap Kumpulan Sunyang. Dia berhadapan dengan Jun Yang Chul (Lee Sung Min), ketua Kumpulan Sunyang yang kemaruk wang.

Boleh layan K-drama akan datang ‘Reborn Rich’ ni dekat sini

Hilang

Drama Hilang (Viu) - Myinfotaip

Hilang merupakan siri Viu Original arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein yang mempunyai jalan cerita yang unik dan menarik untuk diikuti. Korang boleh menonton siri ini di Viu bermula 17 November 2022. Drama misteri dan thriller ini akan dipersembahkan dalam 10 episod.

Pembunuhan seorang remaja warga asing di pekan kecil Seri Daik membawa Inspektor Munir kembali ke tempat kelahiran yang ditinggalkannya 17 tahun lalu.

Drama Hilang Di Viu | RancanganTivi

Dia bertemu dengan Ustaz Yusof, seorang ustaz dan rakan lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya.

Yusof percaya penjenayah yang mereka cari mungkin bukan dari dunia ini, apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri.

Mampukah mereka membongkar misteri kehilangan remaja di kampung itu? Jom kita tengok di sini.

Cheer Up

Cheer Up'

Drama yang pertama ialah Cheer Up. Drama ini mengisahkan tentang Do Hae-Yi (Han Ji-Hyun) yang merupakan seorang pelajar di Universiti Yonhee. Dia seorang yang ceria dan rajin.

Oleh kerana keadaan kewangan keluarganya yang miskin, dia lebih mengutamakan untuk mendapatkan wang berbanding belajar. Pada suatu hari, Do Hae-Yi tiba-tiba menyertai skuad sorak Theia yang telah wujud selama 50 tahun di Universiti Yeonhee.

Butuh Uang, Han Ji Hyun jadi Pemandu Sorak di Drakor Cheer Up - TIMES Indonesia

Pada awalnya dia hanya menyertai kelab itu untuk wang, tetapi semasa menyertai skuad sorak, Do Hae Yi mula merasakan kegembiraan.

Dia telah bertemu dengan pelbagai orang dari Theia termasuk Bae Young Woong, yang pernah menjadi ahli Theia dan dia adalah alumni Yeonhee Universiti, menyokong skuad sorak itu dari segi kewangan dan emosi.

Dekat mana nak layan? Tekan sini!

K-Love

The K-Drama Kilig Is Real With The New Series, 'K-Love'

Drama bersiri ‘K-Love’ ini mengisahkan tentang lima warga kota Manila (dalam lingkungan 20-an dan 30-an) ketika mereka menangani peristiwa penting, dan perjuangan, serta berkongsi cerita antara satu sama lain melalui gelak tawa, sakit hati, dan tontonan mingguan tetap rancangan K-Drama kegemaran mereka.

Ikatan dan obsesi mereka dengan K-Drama memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil langkah berani ke arah hala tuju baharu dalam hidup mereka.

Viu Original gives a Filipino spin to the K-Drama craze with K-Love

Apa yang berlaku seterusnya ialah gabungan keseronokan, huru-hara dan percintaan. Watak-watak itu cuba mengemudi percintaan dan pengembaraan baharu  dengan bimbingan dan pengetahuan yang mereka pelajari daripada menonton rancangan K-drama kegemaran mereka.

Apa yang akan berlaku? Kena sama-sama tonton di Viu.

Finding The Rainbow

Finding the Rainbow (TV Series) - IMDb

Finding The Rainbow ialah drama Thai terbaharu yang dibawakan oleh Viu Original. Melodrama romantik Finding The Rainbow oleh pengarah James Thanadol Nuansut merangkumi 14 episod. Kalau korang pencinta drama romantik, drama Finding The Rainbow merupakan siri yang wajib korang tonton.

Antara pelakon ‘Finding The Rainbow’ adalah Nichkhun 2PM, God Itthipat Thanit, Aom Sushar Manaying dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Nont (lakonan God Itthipat Thanit) yang menyukai Fern (lakonan Aom Sushar Manaying).

Sinopsis Finding the Rainbow, Kandasnya Cinta karena Peristiwa 9/11

Namun, banyak halangan yang dihadapi Nont, adakah mereka mampu untuk bersama pada akhirnya? Nak tahu kena tengok kesemua episod ‘Finding The Rainbow’ di sini.

Baca lagi: Selain Drama ‘Crash Landing on You’, Ini Antara 2 Lakonan Hebat Hyun Bin

Baca lagi: Taecyeon Dan Abangnya Berusaha Menyelesaikan Kes Pembunuhan Bersiri, Jom Kenali Pelakon ‘Blind’