Home Entertainment Selain Drama ‘Crash Landing on You’, Ini Antara 2 Lakonan Hebat Hyun...

Selain Drama ‘Crash Landing on You’, Ini Antara 2 Lakonan Hebat Hyun Bin

0

Siapa yang tak kenal pelakon kacak yang bakal bergelar bapa ini? Hyun Bin yang berusia 40 tahun, telah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat cantik, yang juga seorang pelakon iaitu Son Ye Jin. Mereka menggumumkan bahawa mereka akan menjadi ibu bapa pada bulan Disember ini.

Crash Landing On You stars Hyun Bin and Son Ye-jin got married!

Hyun Bin telah memulakan kariernya sejak tahun 2003 lagi, hampir 20 tahun yang lalu. Drama dan movie lakonanya telah menerima pujian dari penonton sekaligus telah membuatkan drama ataupun movie itu menjadi terkenal.

Salah satu dramanya yang hit ialah dramanya bersama si isteri Son Ye Jin, yang bertajuk ‘Crash Landing on You’. Jangan cakap anda peminat K-drama, kalau tak pernah tengok drama itu ye.

Sekarang, jom kita lihat karyanya yang lain, selain dari drama ‘CLOY’.

Jom baca 2 sinopsis lakonan Hyun Bin ini untuk korang tonton!

Hyde, Jekyll, Me

Hyde Jekyll, Me - Wikipedia

Di dalam drama ini, Hyun Bin memegang watak sebagai Koo Seo-Jin. Dia mempunyai dua personaliti yang berbeza. Salah seorang personalitinya dingin seperti Hyde dan seorang lagi baik seperti Jekyll.

Dia bekerja sebagai pengarah taman tema Wonderland. Jang Ha-Na watak yang dilakonkan oleh Han Ji-Min pula bekerja sebagai tuan dan pelakon sarkas di Wonderland.

Koo Seo-Jin cuba membuang sarkas dari Wonderland, namun dihalang Jang Ha-Na. Dia berusaha untuk mengekalkannya dengan menyusun semula strategi agar sarkas itu kekal di Wonderland. Dalam proses itu, Jang Ha-Na telah jatuh cinta dengan Koo Seo-Jin.

Nak tengok tahap manisnya hubungan mereka, kenalah tengok semua episod ‘Hyde, Jekyll, Me!

Confidential Assignment 

Alasan Film Confidential Assignment 2: International Wajib Diantisipasi

Filem yang dilakonkan oleh Hyun Bin ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang detektif yang berasal daripada Korea Utara dan sedang memburu pemalsu wang di Korea Selatan.

Im Chul Ryung (Hyun Bin) merupakan detektif daripada unit khas di Korea Utara dan sedang mengendalikan kes wang palsu. Bersama kumpulannya, Chul Ryung telah menyusun sebuah misi untuk menangkap penjenayah dan dalang di sebalik jenayah ini.

Tanpa Chul Ryung mengetahui, orang atasan Cha Ki Sung (Kim Ju-Hyeok) memiliki agenda lain untuk misi ini. Dia telah mengacau plat pencetak duit ketika berada di gudang tersebut. Telah berlaku pergaduhan antara Chul Ryung & Ki Sung yang tidak boleh lagi dielakkan. Dalam pada masa yang sama, polis dan pemerintah Korea Selatan telah mengetahui tentang penjenayah tersebut.

Apakah kesudahan filem aksi ini? Jom tonton di sini.

Baca lagi: Drama Siri Thai yang Anda Boleh Tonton di Viu

Baca lagi: Hari Anda Murung? Jom Layan 5 Episod Running Man Ini, Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Tayangan Perdana Di Korea, Anda Sudah Boleh Tonton Di Viu!