Home News “Cukup Lah Halloween Ni…”- Mungkin Mereka Akan Dengar Halloween Terakhir pada 2022...

“Cukup Lah Halloween Ni…”- Mungkin Mereka Akan Dengar Halloween Terakhir pada 2022 Ini

0

Perkataan “Halloween” mungkin akan dilarang sampai bila- bila di penyiaran industri Korea.

M'sia expresses condolences to South Korea over Itaewon tragedy | The Star

Setiap tahun, syarikat penyiaran selalu merancang episod “Hallowen” dan event untuk viewers. Tapi tahun ini, semua yang berkaitan dengan halloween telah dibatalkan kerana kejadian Itaewon yang berlaku pada minggu lepas.

Segala penyiaran dan servis video on demand (VOD) telah mula edit padam semua episod yang berkait dengan Halloween atau bahagian yang mana pelakon memakai pakaian Halloween. Episod di ” Hong Kim Dong Jeon ” yang telah disiarkan pada 23 Oktober telah padam di servis VOD yang mana viewers boleh tengok berulang kali.

KBS 2TV program hiburan “2 Days and 1 Night” juga bercadang untuk edit padam yang mana konten berkait dengan Halloween. Cerita itu telah bercadang untuk jugak padam konsep Halloween yang telah di pra-rakam sebelum menyiarkannya. “The Return of Superman” telah juga memadam replay episod yang berkait dengan Halloween.

Cerita dari OTT dan radio tidak dikecualikan. TVing padam semua yang berkait dengan Halloween dan konten yang mempunyai perhiasan bertemakan Halloween. Watcha juga segera padam bahagian special yang bertajuk “You are the protagonist of Halloween.”

radio juga telah membuang  pra-rakaman untuk episod khas Halloween, dan saluran radio sebaliknya menyiarkan siaran peringatan khas. ‘Radio Show’ KBS Radio Cool FM membuang pra-rakaman dengan Park Myung Soo dan sebaliknya mengadakan siaran langsung kerana ucapan dan ungkapannya tidak sesuai untuk tempoh berkabung.

1667420819 untitled 1

Agensi K-pop juga membatalkan acara berkaitan dengan Halloween. SM Entertainment memutuskan untuk tidak meneruskan ‘SMTOWN WONDERLAND 2022,’ yang dijadualkan disiarkan secara langsung pada jam 6:15 petang pada 30 Oktober selama 1 jam.

‘Strike Music Festival,’ yang dipromosikan sebagai ‘Fantasy Halloween’ yang diadakan mulai 28 Oktober, membatalkan semua persembahan pada 30 Oktober.

Seorang pegawai industri penyiaran menjelaskan, “Nampaknya program, acara, yang berkaitan dengan sambut ini, dan pertunjukan tidak akan dihasilkan atau diadakan dalam industri penyiaran dan prestasi di Korea pada masa akan datang bukan hanya tahun ini.”

Korang rasa betul ke?

Baca Juga: LE SSERAFIM Menjawab Soalan Mengenai Pemergian ‘Pembuli’ Kim Garam Untuk ‘Comeback’ Kali Ini

Baca Juga: “Harap Aku Dapat Jumpa Kau” – Mangsa Kejadian Itaewon 2022 Mencari Orang Yang Menolongnya