Lee Young-eun pernah mendedahkan bahawa dia sangat terkejut melihat Song Joong-ki muncul di majlis perkahwinannya walaupun dia tidak menjemputnya.

Lee Young-eun dan Song Joong-ki pernah bekerjasama dalam drama SBS “OB & GY”, yang disiarkan pada tahun 2010, ketika mereka masih baru.

Lee Young eun and Song Joong ki

Kedua-duanya rapat antara satu sama lain seperti adik beradik. Pada tahun 2014 apabila Lee Young-eun berkahwin, Song Joong-ki pula berkhidmat dalam tentera.

Memandangkan Song Joong-ki tidak dibenarkan menggunakan telefonnya semasa dia berkhidamat di dalam kem ketenteraan, Lee Young-eun tidak dapat mencari jalan untuk menjemput Song Joong-ki ke majlis perkahwinannya. Bagaimanapun, Song Joong-ki masih datang ke majlis perkahwinannya.

Baca lagi: “Awak Cerita Benda Yang Saya Tak Pernah Kongsi Di TV?!” Jo Se Ho Geram Yoo Jae Suk Buka Aibnya Di Running Man

Baca lagi: Dulu Kemain Romantis, Kini Eli Akui Sudah Tidak Melihat Bekas Isterinya Sebagai Seorang Wanita

song joong ki 261021 3

Lee Young-eun berkata, “Saya berasa sangat gembira dan bersyukur apabila Song Joong-ki muncul di dewan perkahwinan walaupun dia hanya cuti untuk beberapa hari sahaja.”

Lee Young-eun kini sudah berusia 40 tahun, tetapi dia masih mempamerkan kecantikan awet muda seperti ketika berusia 20-an. Dia kini membintangi drama MBC “The Secret House” sebagai Baek Joo-hong.

Lee Young Eun 1982 p01

 

Previous article“Awak Cerita Benda Yang Saya Tak Pernah Kongsi Di TV?!” Jo Se Ho Geram Yoo Jae Suk Buka Aibnya Di Running Man
Next articleSering Menderma RM500 Ribu, Rupanya Ada Harta Sebanyak Itu! Ini 5 Penyanyi K-Pop Perempuan Terkaya