Home Entertainment “Awak Cerita Benda Yang Saya Tak Pernah Kongsi Di TV?!” Jo Se...

“Awak Cerita Benda Yang Saya Tak Pernah Kongsi Di TV?!” Jo Se Ho Geram Yoo Jae Suk Buka Aibnya Di Running Man

0

Bukan Running Man lah kalau tak suka menyakat orang. Baru-baru ini pelawak Jo Se Ho telah hadir sebagai tetamu di Running Man, dan dia telah menjadi bahan usikan ahli program tersebut.

Dalam episod terbaru itu, pelawak itu dan Heo Young-ji telah hadir sebagai tetamu dalam bahagian kedua ‘Perlumbaan Pelaburan’.

Antara perkara menarik yang dibincangkan ialah mengenai kedua mereka yang pernah menjadi ahli program “Roommate” di SBS suatu ketika dahulu. Bahkan kenyataan diungkapkan Heo Young-ji menjadi bahan ketawa ramai, iaitu “Kami pernah tinggal bersama.”

Screenshot 3973

Kemuncaknya apabila Yoo Jae Suk mendedahkan satu rahsia besar Jo Se Ho dengan Nana (After School) yang turut menjadi salah seorang ahli di dalam program “Roommate” itu.

 “Tapi Se-ho suka Nana. Bahkan katanya dia pernah meluahkan rasa cinta kepadanya.”

Jo Se Ho yang terkejut kemudiannya membalas, “Bukankah ianya terlalu TMI (informasi berlebihan)? Ianya merupakan kisah yang tidak pernah disebut dalam TV langsung.”

Screenshot 3977

Apabila bercerita mengenai wanita lain, Haha berjaya meneka bahawa kisah itu mengenai pelawak Jeon Do-yeon. Kata mereka, “Adakah awak menyukai wanita tinggi?”Kemudian Se Ho menjawab, “Ia adalah pilihan saya.”

Kemain rancak diorang kenakan Jo Se Ho!

Baca lagi: Alasan 5 Pasangan Holloywood Ini Bercerai Akan Membuatkan Anda Ternganga Tak Percaya

Baca lagi: “Cantiknya mereka…”, Selfie Lisa Blackpink, Anne Hathaway dan Priyanka Chopra Curi Tumpuan