Home Entertainment Sering Menderma RM500 Ribu, Rupanya Ada Harta Sebanyak Itu! Ini 5 Penyanyi...

Sering Menderma RM500 Ribu, Rupanya Ada Harta Sebanyak Itu! Ini 5 Penyanyi K-Pop Perempuan Terkaya

0

Beberapa penyanyi dari Korea Selatan ini telah berjaya dalam industri yang penuh dengan persaingan.

Bukan mudah untuk menempa nama untuk menjadi terkenal, tetapi beberapa penyanyi dari Korea Selatan ini telah berjaya dalam industri yang penuh dengan persaingan. Anda ingin tahu siapa K-Pop idol wanita terkaya? Baca sampai habis okay!

IU

127117385 743126119623801 7215993215682627067 n

IU merupakan salah seorang artis K-Pop yang terkenal di Korea. Beliau telah memulakan debutnya pada tahun 2008 dengan lagu bertajuk ‘Lost Child’ (미아). Beliau dikenali ramai kerana bakatnya yang luar biasa.

Bukan sahaja menyanyi, malah beliau boleh menghasilkan dan juga mengubah muzik. Selain daripada itu, beliau juga seorang pelakon dan pengacara. Hebat kan? Disebabkan banyak kerja yang dilakukan ini lah beliau kini hidup mewah. Nilai kekayaannya dianggarkan bernilai 31-45 juta usd (RM 136.1 juta- RM 197.7 juta).

Lee Hyori

hyori

Lee Hyori adalah salah seorang penyanyi wanita yang menerima bayaran tertinggi dalam industri K-Pop. Beliau yang memulakan debut sebagai ahli kumpulan Fin.K.L dan terus menjadi penyanyi wanita dengan bayaran tertinggi pada tahun 2006.

Beliau dikenali dengan wajah yang cantik dan telah berjaya menjadi duta pelbagai produk dari jenama besar seperti Samsung dan soju jenama Lotte Liquor.

Pada tahun 2013, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan produser Lee Sang Soon dan membina empayar mereka sendiri dengan rancangan terkenal Netflix, Hyori’s Bed, yang menambah kekayaannya yang mencecah 30-40 juta usd (RM 131. 8 juta- RM 175.7 juta).

Sandara Park

unnamed 10

Sandara Park, atau lebih dikenali sebagai Dara bermula sebagai salah seorang ahli kumpulan gadis K-Pop wanita yang paling popular sepanjang masa iaitu 2NE1. Selepas kumpulan itu dibubarkan, beliau meneruskan karier solonya dengan cemerlang.

Sandara memiliki jumlah pengikut yang besar di Filipina, dimana tempatnya memulakan karier hiburan. Beliau telah mendapat banyak tawaran tajaan dengan jenama yang besar seperti Etude House, Nikon dan banyak lagi.

Tidak melepaskan peluang yang ada, beliau juga telah mencipta akaun YouTubenya dan kini mempunyai seramai 1.3 juta subscriber, sekaligus menambahkan kekayaanya bernilai 30 juta usd (RM 131.8 juta)

BoA

boa

Yang seterusnya merupakan artis veteran yang digelar sebagai “Ratu K-Pop”. Beliau bukan sahaja berjaya di Korea Selatan, malah di Jepun dan sebahagian besar Asia Timur.

Beliau sudah berada di dalam industry lebih dari dekad dan telah mengeluarkan banyak lagu, album bukan sahaja dalam Bahasa Korea, malah Jepun dan juga Bahasa Inggeris.

Selain itu, beliau juga telah mencipta kejayaan di luar bidang nyanyian. BoA pernah tampil sebagai juri dalam rancangan televisyen SBS K-Pop Star, dan berlakon dalam beberapa produksi yang berbeza, yang menjadikan nilai kekayaannya bernilai sekitar 25 juta usd (RM109.9 juta).

Suzy

bae suzy

Dan yang terakhir merupak seorang gadis yang digilai ramai lelaki terutamanya di Korea Selatan, iaitu Bae Suzy. Beliau telah memulakan debutnya sebagai salah seorang ahli kumpulan ikonik Miss A.

Namun pada tahun 2017 kumpulan itu dibubarkan. Suzy kemudian mencipta kejayaannya sebagai pemuzik dan pelakon dan membintangi siri drama hit seperti Start-Up, Uncontrollably Fond, Vagabond, Dream High, dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada semua produksinya yang hit, Suzy juga mendapat tawaran untuk menjadi duta dari jenama yang hebat seperti Reebok, Swarovski, Kerasys, dan dilaporkan memiliki beberapa hartanah yang menambah nilai kekayaannya yang bernilai 25 juta usd (RM109.9 juta).