Home Entertainment Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders Jatuh Cinta Ketika Di Set...

Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders Jatuh Cinta Ketika Di Set Perfileman Vincenzo

0

Berita tentang perkahwinan rahsia antara Song Joong Ki dan pasangan baharunya Katy Louise Saunders menjadi bahan bualan dan topik terhangat dikalangan peminatnya dan juga media massa cukup mengejutkan dunia hiburan ketika ini.

538A93C2 A12A 475C B339 7BD859392BCA

Song Joong Ki yang telah menduda sejak tahun 2019 selepas memfailkan perceraiannya dengan Song Hye Kyo mula menjalinkan hubungan cinta dengan Katy Louise Saunders pada tahun lepas 2022 mengesahkan kepada CNN pada 30 Januari 2023 bahawa dia telah mendaftarkan perkahwinannya dengan Katy Louise Saunders yang merupakan seorang pelakon dan model dari British.

Selain pengumuman perkahwinannya yang mengejutkan itu, Song Joong Ki turut berkongsi dengan peminatnya yang isterinya Katy Louise Saunders sedang hamil.

Sumber turut melaporkan yang keluarga Saunder telah terbang ke Korea Selatan untuk bersama Katy Louise Saundera untuk meraikan kehamilan dan perkahwinan mereka.

A6F38E95 CF1D 4530 B99B EBE715C0A7A0

Mereka dilaporkan merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara berasingan tetapi tiada apa yang telah diputuskan secara rasmi pada masa terdekat ini kerana tarikh dan lokasinya masih belum ditentukan lagi.

Ditanya bagaimana Song Joong Ki mengenali Katy, menurutnya dia bertemu dengan isterinya itu di set penggambaran filem Vincenzo 2021 ketika dia mengajarnya bahasa Itali. Dan tidak berapa lama setelah itu, mereka berpindah bersama ke Seoul pada musim bunga lepas.

Pada 30 Januari, ketika mengumumkan perkahwinannya, Song Joong Ki menulis surat kepada peminatnya di “Official Fan Cafe” rasminya. Fan Cafe ini pada asasnya merupakan sebuah forum di mana peminat boleh membuat akaun untuk berinteraksi dengan bintang kegemaran mereka.

Dalam forum itu Song Joong Ki menulis, “Saya mahu berkongsi janji yang paling gembira dan paling penting dalam hidup saya dengan anda semua. Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders, yang telah menyokong saya dan berkongsi masa bersama, untuk menghabiskan sisa hidup saya bersama.”

Dia menyambung, “Syukur, kami telah mengalu-alukan kehidupan yang berharga antara kami berdua. Jadi hari ini, kami telah mendaftarkan perkahwinan kami sebagai pasangan, berdasarkan cinta dan kepercayaan kami yang paling dalam.”

Berikut merupakan latarbelakang Katy Louise Saunders:

EBD88767 1C0A 42F1 9BE5 A6DC1429EF50

Katy Louise Saunders dilahirkan pada 21 Julai 1984 di London, England, UK. Dia merupakan seorang pelakon dan model. Terkenal dengan The Borgia (2006), Third Person (2013) dan The Lizzie McGuire Movie (2003).

Sebelum itu, dia telah membuat debut lakonannya dalam filem 2002 Michele Placido A Journey Called Love, di mana dia memainkan peranan sebagai Sibilla Aleramo.

Bapanya berketurunan British dan ibunya Columbia. Katy menghabiskan sebahagian besar kehidupan zaman kanak-kanaknya di London dan Itali kerana pekerjaan bapanya yang kononnya memaksa keluarga itu berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris di Rom dan lulus dari Fakulti Pentadbiran Perniagaan Bocconi di Milan.

Nampaknya isteri baharu Song Joong Ki ini juga bukan calang-calang hebat orangnya. Berbekalkan dengan personaliti pakej penuh, pastinya Katy Louise Saunders dapat menjadi pasangan hidup yang serasi untuk Song Joong Ki.

Baca Lagi: Filem dan Drama TV Terbaik Lakonan Lee Byung-hun

Baca Juga: Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama