Pada 10 Mei Song Ji Hyo telah hadir sebagai tetamu di MBC every1 ‘Tteokbokki Brothers’, menyertai pelakon Ji Suk Jin, Kim Jong Min dan Lee Yi Kyung.

Pada hari itu, Song Ji Hyo berbual tentang kerjayanya sebagai pelakon, dan sebagai salah seorang ahli asal ‘Running Man’. Kemudian, Kim Jong Min berkata, “Setiap kali Song Ji Hyo muncul (di mana-mana siaran), mesti akan ada sebutan tentang satu orang tertentu. Kim Jong Kook.”

Lee Yi Kyung juga menyebut, “Ia bukan hanya di ‘Running Man’. Awak malah muncul di saluran YouTube Kim Jong Kook.”1

Di sini, Song Ji Hyo mengaku, “Sebab utama saya muncul di saluran YouTube Kim Jong Kook adalah untuk mempromosikan drama saya. Dan sejujurnya, saya sebenarnya benci berada dalam ‘love line’ dengan Jong Kook oppa pada awalnya. Saya juga berkata kepada Jong Kook oppa, ‘Oppa, jangan kita buat benda macam tu’.”

Pelakon itu kemudian menjelaskan, “Sebelum ini, saya mempunyai ‘love line’ dengan Gary oppa, yang kini sudah mempunyai keluarganya sendiri. Kemudian, satu hari selepas Gary meninggalkan rancangan itu, saya tiba-tiba berada dalam ‘love line’ baru iaitu dengan Jong Kook oppa.

Bagi saya, untuk seorang wanita, mempunyai dua ‘love line’ itu tidak boleh diterima. Jadi pada awalnya, saya meminta yang lain untuk tidak melakukannya.”

Screenshot 2022 05 11 174921

Song Ji Hyo meneruskan, “Tetapi suatu hari, saya hanya mengikutnya, dan semua orang ketawa. Apabila saya melihat reaksi itu, saya terfikir, ‘Mungkin ia sebenarnya okay? Mungkin saya patut mencubanya?’. Sekarang, saya rasa ia lucu, dan saya meminta yang lain untuk turut serta.

Sebagai tindak balas, Ji Suk Jin mengulas, “Saya juga pernah mengisytiharkan bahawa jika mereka berdua berkahwin, saya akan memberikan mereka seluruh kekayaan saya.” Tetapi apabila Kim Jong Min bertanya, “Adakah itu masih sah?”, Ji Suk Jin menggelengkan kepalanya dan berkata, “Tidak, tidak.”

Baca lagi: Ji Chang Wook Persis Howl? Dia Belajar Seni Silap Mata Demi ‘The Sound of Magic’

Baca lagi: Son Dam Bi Buka Cerita Lama Depan Bakal Suami, Pernah Mempunyai Hubungan Sulit Selama Lebih Setahun, Penonton Yang Terkejut!

Screenshot 2022 05 11 175046

Terakhir, Song Ji Hyo diminta menghuraikan “jenis lelaki ideal”nya. Dia menjawab, “Jenis ideal saya adalah bertentangan dengan Kim Jong Kook. Saya lebih suka seseorang seperti Winnie the Pooh. Seseorang yang mempunyai perut bulat.”

Untuk ini, Kim Jong Min secara tiba-tiba berdiri dan menunjukkan perutnya kepada Song Ji Hyo, manakala pelakon lain menyatakan, “Jong Min boleh membuncitkan perutnya dalam masa yang singkat.”

Sumber: [1], [2]

Previous article[Foto] Ini Rupa Watak-watak Cerita Harry Potter Jika Mengikut Gambaran Buku
Next articleSiapakah Tokoh Wanita Dalam Wang Kertas 50,000 Won Ini