Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Son Suk Ku Kembali Ke Dunia Jenayah Dalam Drama Netflix Terbaharu

Son Suk Ku Kembali Ke Dunia Jenayah Dalam Drama Netflix Terbaharu

0
Screenshot

Son Suk Ku semakin mengukuhkan namanya sebagai pelakon versatil selepas kejayaannya dalam A Killer Paradox (2024) yang meraih perhatian besar dalam kalangan peminat drama jenayah. Terbaharu, pelakon berusia 42 tahun itu dilaporkan bakal kembali membintangi sebuah drama kriminal terbitan Netflix yang kini masih menggunakan judul sementara, Road.

Khabar mengenai projek terbaharu ini diumumkan secara rasmi oleh Netflix pada Jumaat, 12 September 2025 melalui hantaran di akaun Instagram rasmi, @netflixkr. Selain Son Suk Ku, barisan pelakon lain yang diumumkan turut menambah keterujaan peminat drama Korea dan Jepun.

1. Son Suk Ku bergandingan dengan Nagayama Eita dalam Road

Son Suk Ku

Road akan menjadi projek drama Korea terbaharu yang dibintangi oleh Son Suk Ku. Apa yang menarik, beliau disahkan akan menjadi pelakon utama bersama aktor Jepun terkenal, Nagayama Eita. Dalam drama ini, Son Suk Ku bakal memegang watak sebagai seorang detektif Korea, manakala Nagayama Eita tampil sebagai detektif Jepun.

Selain itu, drama ini turut menampilkan Kim Shin Rok yang memegang watak sebagai seorang usahawan wanita Korea–Jepun yang membantu penyiasatan, Choi Sung Eun sebagai pegawai kerajaan yang menyiasat dari sudut berbeza, serta Jung Jae Young yang membawa watak seorang lelaki misteri dengan identiti yang tidak diketahui.

2. Kisah dua detektif membongkar siri pembunuhan kejam

a97bda53 eeab 4094 bd97 3beb3501359a

Diadaptasi daripada web komik terkenal berjudul Blue Road, drama Road mengisahkan tentang dua orang detektif yang bekerjasama menyiasat siri pembunuhan lintas sempadan yang kejam dan penuh teka-teki.

Kisah bermula dengan penemuan mayat dengan jasad terpusing di Tokyo bersama satu mesej menyeramkan yang ditulis dalam bahasa Korea. Tidak lama kemudian, sebuah lagi mayat terpusing ditemui di Korea, kali ini dengan mesej dalam bahasa Jepun.

Apabila menyedari kedua-dua kes tersebut saling berkaitan, pihak berkuasa Korea dan Jepun akhirnya memutuskan untuk melakukan penyiasatan bersama, bagi membongkar kebenaran di sebalik siri pembunuhan yang dipercayai dilakukan oleh seorang pembunuh berantai licik.

3. Tarikh tayangan masih dirahsiakan

79dc6fd2 9de4 490a abd6 5fd35ee62d65

Projek ini diarahkan oleh pengarah ternama Han Jun Hee, yang sebelum ini dikenali menerusi drama D.P. (2021), filem Coin Locker Girl (2015), serta terlibat dalam pembikinan drama Weak Hero Class 2 (2025).

Menurut Netflix, Road menjanjikan sebuah perjalanan dramatik penuh kejutan dengan siri pembunuhan pelik, mesej samar yang mengundang rasa ingin tahu, serta rentetan petunjuk yang mampu membuatkan penonton tidak berhenti meneka.

Namun begitu, sehingga kini, tarikh rasmi tayangannya masih belum diumumkan. Peminat pastinya perlu menunggu dengan penuh sabar untuk menyaksikan kolaborasi dua pelakon besar Korea dan Jepun ini dalam sebuah kisah jenayah penuh misteri.

Baca lagi: Kim Hee Won & Jejak Karya Romantisnya Dari Warm and Cozy Hingga Queen of Tears
Baca juga: Ketegangan, Misteri dan Trauma, Deretan Drama Korea 2025 Bertema Pembunuhan Berantai