Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kim Hee Won & Jejak Karya Romantisnya Dari Warm and Cozy Hingga...

Kim Hee Won & Jejak Karya Romantisnya Dari Warm and Cozy Hingga Queen of Tears

0

Pengarah Kim Hee Won dikenali dengan rekod kerja yang cemerlang dalam menghasilkan drama-drama popular. Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan sebanyak 11 drama dengan pelbagai genre. Salah satu genre yang sering menjadi tumpuan penonton dalam karyanya ialah genre romantik.

Pada 10 September yang lalu, drama terbaharunya berjudul Tempest telah menayangkan episod pertama di Disney+. Menariknya, Tempest bukan sekadar drama romantik, malah turut memadukan tiga genre lain iaitu thriller, misteri dan aksi. Untuk itu, mari kita lihat beberapa drama bergenre romantik yang pernah diarahkan oleh Kim Hee Won sebelum ini:

 

 

Kim hee won

1. Warm and Cozy — Berlatar di sebuah perkampungan, drama ini mengisahkan percintaan antara Baek Gun Woo dan Lee Jung Joo. Drama ini juga menjadi projek sulung Kim Hee Won sebagai pengarah.
543043c7 8fdb 4eb6 b7c2 b9b38694d9e2
2. Glamorous Temptation — Sebuah kisah penuh kerumitan tentang Shin Eun Soo yang sering ditimpa nasib malang, Kang Il Joo yang menyimpan rasa iri hati, serta Jin Hyung Woo yang bertekad untuk membalas dendam.
892da59b ad95 4cad abdc 215c605ede9a
3. Money Flower — Menampilkan watak Na Mo Hyun (lakonan Park Se Young), seorang aktivis alam sekitar dan guru, yang mendambakan kisah cinta yang digerakkan oleh takdir.
5d0fba48 6f2f 404a a827 2fc9b27081c8
4. The Crowned Clown — Berkisarkan tentang seorang badut bernama Ha Sun (Yeo Jin Goo) yang menyamar menggantikan Raja Lee Hun demi menyelamatkan baginda daripada percubaan pembunuhan. Dalam penyamarannya, Ha Sun jatuh cinta pada sang permaisuri.
e02ffc0a 5703 48e8 83bb a122f175c1a1
5. Soundtrack #1 — Sebuah kisah cinta manis antara Han Sun Woo (Park Hyung Sik) dan Lee Eun Soo (Han So Hee) yang berjaya mencuri hati penonton dengan keindahan naratifnya.
f806e84d 2f83 4cd7 b408 40e1da2fdeeb
6. Soundtrack #2 — Sekuel kedua ini membawa kisah Do Hyeon Seo dan Ji Su Ho, sepasang bekas kekasih zaman universiti yang dipertemukan semula setelah sekian lama berpisah.
357dbc0d 1e16 41ee bd13 5bb7ad613090
7. Queen of Tears — Menampilkan kisah rumah tangga Hong Hae In dan Baek Hyun Woo yang berdepan pasang surut dalam perkahwinan, menjadikan konflik cinta sebagai nadi utama drama ini.

Kesemua drama di atas menggambarkan kepelbagaian karya romantik arahan Kim Hee Won, yang berjaya menghadirkan emosi, konflik, serta kisah cinta yang menyentuh hati penonton. Setiap watak digarap dengan latar belakang kehidupan berbeza, menjadikan jalan ceritanya lebih realistik dan mudah dirasai.

Tidak hairanlah jika Tempest menjadi antara drama paling dinantikan tahun ini. Dengan gabungan elemen cinta, misteri, aksi dan thriller, ia bukan sahaja menambah variasi kepada portfolio Kim Hee Won, malah berpotensi untuk sekali lagi mencipta fenomena dalam dunia drama Korea.

IMG 7805

Baca lagi: Tempest (2025), Jun Ji Hyun dan Barisan Wanita Perkasa dalam Karya Terbaharu Kim Hee Won
Baca juga: Ketegangan, Misteri dan Trauma, Deretan Drama Korea 2025 Bertema Pembunuhan Berantai