Home Kdrama/Kmovie Siapakah Joo Mi Ran? Wanita Misteri dalam Like Flower In Sand

Siapakah Joo Mi Ran? Wanita Misteri dalam Like Flower In Sand

0

Like Flowers In Sand kini sudah ditayangkan sebanyak 8 episod. Drama yang menampilkan gandingan antara Jang Dong Yoon dan Lee Jo Myoung ini makin memaparkan banyak misteri di sebalik kes perjudian dalam pengaturan perlawanan Ssireum.

Ada beberapa perkara menarik terjadi sewaktu Oh Yu Gyeong menyiasat kes perjudian ini. Dia mula menemui fakta bahawa kes yang sedang disiasatnya ini seolah-olah mempunyai kaitan dengan kes yang pernah membuatkan karier Ssireum hancur di masa lalu.

Kes ini justru membuatkan Oh Yu Gyeong kian menemui kebenaran yang menakutkan, lebih-lebih lagi mengenai identiti sebenarnya dari Joo Mi Ran (Kim Bo Ra), pemilik kafe misteri yang ada di Kampung Geosan Gun. Berikut ini adalah fakta Joo Mi Ran dalam Flower In Sand.

 

Jo mi ran1. Di mata para penduduk Geosan Gun, Joo Mi Ran hanyalah seorang pemilik kafe yang sangat misteri, dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk sekitar

 

 

710c3316 e13c 4210 b4a1 b37c557955f52. Para penduduk selalu merasa aneh dan bergosip tentang kelakuan Joo Mi Ran yang selalu menutup kafenya sesuka hati

 

 

Jo mi ran3. Joo Mi Ran pernah keluar dari kampung selama berhari-hari dan pulang dengan membawa beg besar yang mencurigakan

 

 

2649892b 7357 4930 b665 93796c1ee60a4. Perkara ini membuatkan Min Hyeon Uk, detektif polis Seoul yang sedang menyamar di Geosan Gun itu merasa curiga dan berniat untuk menyiasat

 

 

Joo mi ran5. Rupa-rupanya dia ialah anak kepada Joo Cheol Yong, penggusti Ssireum yang tewas dalam kes pengaturan perlawanan 20 tahun lalu

 

 

f719a109 05f8 4603 8dde eb5fd41e5b156. Dalam kes itu, ayah Oh Du Sik dituduh sebagai suspek ,namun kemudian dilepaskan dan didapati tidak bersalah kerana kekurangan bukti

 

 

411d41a2 f00c 4635 8fb1 416154c866567. Oh Yo Gyeong mengesyaki suspek sebenar kes pengaturan perlawanan itu adalah Choi Chil Seong, Joo Mi Ran mungkin mengetahui fakta ini

 

 

f85e2c15 66ef 4f20 9a2a 21b57dd5a28b

8. Beberapa kelakuan aneh Joo Mi Ran membuatkan dia dicurigai memiliki hubungan dengan kes yang membabitkan Choi Chil Seong tersebut

Kebenaran tentang identiti sebenar Joo Mi Ran mengundang Oh Yu Gyeong/Oh Du Sik untuk menemuinya. Adakah Joo Mi Ra akan menganggap ayah Oh Du Sik sebagai penyebab kematian ayahnya, atau dia sebenarnya mengetahui fakta tentang kes yang meragut nyawa ayahnya 20 tahun lalu?

Baca lagi: Like Flowers in Sand, Kdrama Misteri Komedi yang Semakin Menarik dan Misteri
Baca juga: Tarikh Akhir Tayangan Filem Korea Jo Pil Ho, 19 Januari 2024