Home Disney+ Mangsa-Mangsa yang Menjadi Sasaran dalam Maestra: Strings of Truth, Mati Dibunuh dan...

Mangsa-Mangsa yang Menjadi Sasaran dalam Maestra: Strings of Truth, Mati Dibunuh dan Sengsara Diracun

0

Lee Luna (Hwang Bo Reum Byeol) merupakan pemain biola untuk orkestra The Hangang Philharmonic dalam Maestra: Strings of Truth. Oleh kerana kemahirannya bermain biola, dia dilantik sebagai ketua orkestra oleh Cha Se Eum (Lee Young Ae). Gadis ini digambarkan sebagai seorang individu yang ramah dan polos.

Dalam episod terakhir Maestra: Strings of Truth, semua rakannya terkejut dengan perbuatan Lee Luna. Mereka tidak menyangka bahawa orang yang selama ini dianggap baik rupa-rupanya sanggup membunuh orang lain.

Berikut ini adalah mangsa-mangsa yang telah dibunuh dan juga cuba dibunuh oleh Lee Luna.

 

1. Ibu angkat

94dec9ea f38e 46b1 a09a 46918a60ef35Lee Luna merupakan anak angkat. Sewaktu ibu angkatnya menderita diabetes, dia sangat tekun menjaga ibu itu. Lee Luna sengaja mencatatkan bacaan diabetes yang salah. Dia menambah dos insulin ibunya hingga ibunya menanggung komplikasi dan akhirnya meninggal dunia.

 

2. Cha Se Eum

3db8e301 90d7 425f b91f cf3aa3053333Lee Luna mengetahui tentang kebimbangan Cha Se Eum tentang penyakit Remington. Dia menggunakan kesempatan tersebut dengan memasukkan racun scotilla min ke dalam minyak wangi Cha Seum supaya wanita itu mendapat gejala penyakit seperti gejala Remington. Racun tersebut diletakkan juga ke dalam aroma terapi pejabat Cha Se Eum.

 

3. Lee Ah Jin (Lee Si Won)

202e899e 7bed 43f9 ba30 b238668e077aLee Luna ialah orang pertama yang mengetahui bahawa Lee Ah Jin curang dengan suami Cha Se Eum. Dia juga mengetahui bahawa Lee Ah Jin hamil. Tidak mahu membuatkan Cha Se Eum hancur hati, dia sengaja memotong kabel brek kereta Lee Ah Jin.

 

4. Kim Bong Ju (Jin Ho Eun)

1d6bb5f0 7515 4c6f 9e28 3e77c410c8c9Kim Bong Ju yang tidak menyukai Cha Se Eum menjadi mangsa kejahatan Lee Luna. Sewaktu Kim Bong Ju menghubungi Cha Se Eum untuk berjumpa, Lee Luna terus menyuntik racun scotilla min ke leher Kim Bong Ju. Kim Bong Ju yang waktu itu sedang mamai telah ditendang oleh Lee Luna hingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut meninggal dunia.

 

 

5. Kim Phil (Kim Young Jae)

ebb38a1f ec71 4342 8d92 58c33cffe56fKim Phil ialah suami Cha Se Eum. Lee Luna bengang dengan Kim Phil kerana dia curang terhadap Cha Se Eum. Dengan menghantar pesan ringkas kepada Kim Phil untuk memberitahu rahsia Cha Se Eum, Lee Luna menyuntik racun scotilla min ke leher lelaki tersebut. Kim Phil tidak dapat menguruskan diri dan mengalami masalah ingatan akibat kesan racun tersebut.

 

6. Kim Tae Ho (Kim Min Kyu)mMaestra

Pada mulanya niat Lee Luna mendekati Kim Tae Ho hanya untuk mengetahui maklumat tentang Cha Se Eum. Dia tidak menyangka bahawa lelaki tersebut jatuh hati padanya. Perkara ini tentu sahaja menjadi penghalang bagi dirinya untuk melarikan diri. Akhirnya, dia memukul kepala lelaki tersebut dengan pasu bunga. Kim Tae Ho terpaksa bertarung nyawa di hospital.

Pembunuhan dan kejahatan yang dilakukan oleh Lee Luna sangat ‘bersih’ dan sukar dikesan dalam Maestra: Strings of Truth. Dia dengan berhati-hati menggunakan sarung tangan supaya pihak polis tidak dapat menemui jejaknya. Namun, sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ke tanah jua!

Baca lagi: Maestra: Strings Of Truth, Menyajikan 5 Tema Mengujakan
Baca juga: Berbaki 2 Episod Akhir, Obsesi Psikopat Bakal Terbongkar dalam Maestra: Strings of Truth, Kdrama Thriller Misteri Adaptasi Filem Perancis