Home Entertainment Siapa Sangka Kim Soo Hyun Akan Melakukan Hal Ini Sebaik Sahaja Seol...

Siapa Sangka Kim Soo Hyun Akan Melakukan Hal Ini Sebaik Sahaja Seol In A Memasuki Goldmedalist Entertainment

0

Pada hari Isnin (11.04.2022) agensi terkenal Goldmedalist Entertainment telah mengumumkan Seol In A sebagai salah seorang keluarga mereka.

Goldmedalist Entertainment terkenal dengan mempunyai selebriti ternama seperti Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji, Kim Sae Ron dan ramai lagi.

Pelakon cantik kelahiran tahun 1996 itu turut menunjukkan keterujaannya memasuki agensi itu dengan memuatnaik ‘story’ di Instagram peribadinya.

00422309n1

Dia yang mengunjungi agensi baharunya itu telah menangkap gambar di depan gambar-gambar artis di bawah naungan Goldmedalist Entertainment dengan menulis ‘Terima kasih banyak’.

Tidak lama kemudian, satu perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Dimana, pelakon terkenal Kim Soo Hyun turut menunjukkan sokongannya kepada Seol In A dengan mengikuti akaun Instagram Seol In A.

00422309n2

Tak hanya itu, Kim Soo Hyun juga turut meletakkan gambar Seol In A di Instagram Storynya, dan dengan kepsyen “#Wow #SeorInA,” tulis pelakon tampan kelahiran tahun 1988 itu.

Agak-agaknya, akan ada drama yang melibatkan kedua-dua artis ini atau tidak ya di masa depan? Sama-sama kita nantikan.

Baca lagi: “Tiada Sebab, Aku Hanya Benci BTS”, Joe Budden Buktikan Yang Dia ‘Haters’ No.1 BTS

Baca lagi: Sinopsis Again My Life: Bangkit Melawan Salah Guna Kuasa Dan Korupsi