Home Entertainment “Kita Jumpa Lagi Nanti” – Yoo Jaesuk Sudah Ada Pelan Untuk Bersara?

“Kita Jumpa Lagi Nanti” – Yoo Jaesuk Sudah Ada Pelan Untuk Bersara?

0

Seiring sejalan bersama sejak memulakan karier seni, Yoo Jae-suk dan rakan lain seperti Ji Suk-jin, Kim Yong-man dan Kim Soo-young terus memaparkan hubungan akrab antara mereka.

Terbaru, mereka semua telah muncul di dalam “Hangout With You” dan berbual secara mendalam mengenai kehidupan mereka bersama selama 30 tahun ini.

Kisah bermula apabila Kim Yong-man menceritakan bagaimana Yoo Jae-suk sememangnya seorang yang kelakar sejak dahulu lagi namun mempunyai perasaan gementar apabila berada di atas pentas.

Malah pengacara paling popular di Korea itu hampir sahaja bersara namun berjaya dihentikan oleh mereka.jsy1

Ji Suk-jin kemudiannya membayangkan masa hadapan mereka nanti dan berkata, “Mari bersara dan berjumpa lagi nanti.”

Janji Yoo Jae-suk, “Saya akan membuka kafe apabila bersara nanti.” Kim Yong-man berseloroh dan berkata, “Beri francais pertama kafe tersebut kepada saya.

Baca lagi: Siapa Sangka Kim Soo Hyun Akan Melakukan Hal Ini Sebaik Sahaja Seol In A Memasuki Goldmedalist Entertainment

jsy2

Seronok melihat persahabatan mereka.

Sumber: [1]