Home Entertainment Song Joong Ki Dan Park Bo Young Cuba Sorok Hubungan ‘Cinta’ Namun...

Song Joong Ki Dan Park Bo Young Cuba Sorok Hubungan ‘Cinta’ Namun Gagal Gara-Gara Ini?

0

Setiap gambar yang dimuatnaik artis Korea Selatan pastinya akan mendapat perhatian dari orang ramai terutamanya para peminat. Apatah lagi, jika artis itu jarang memuatnaik gambar di akaun Instagram pribadinya.

Terbaru, Park Bo Young telah memuatnaik beberapa gambarnya sedang menikmati makanan di sebuah restoran dengan kapsyen “Mee sejuk ketika sedang panas” dan ‘posting’ tersebut telah membuatkan peminat berasa teruja.

00422450n2

Ini kerana, peminat teringat akan gambar yang pernah dimuatnaik Song Joong Ki di Instagramnya pada pertengahan bulan Mac lalu.

Gambar yang dimuatnaik Song Jong Ki itu kelihatan sama seperti restoran yang dikunjungi Park Bo Young baru-baru ini.

Baca lagi: Makan Strawberi Menggunakan Dua Tangan, Jang Won Young IVE Dikritik ‘Acah Comel’

Baca lagi: Sekali Lagi Cinta Lokasi? Song Hye Kyo Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Jang Ki Yong

 

00422450n1Para peminat filem “Warewolf Boy” mengharapkan agar gambar yang ditangkap Song Joong Ki dan Park Bo Young itu adalah moment di mana mereka sedang ‘reunion’.

Song Jong Ki dan Park Bo Young telah membintangi filem “Warewolf Boy” pada tahun 2012, dan sempat membuat peminat ‘ship’ mereka berdua.

00422450n3

Namun, masih tiada kepastian sama ada mereka berdua benar-benar berjumpa di tempat yang sama pada masa yang sama ataupun ia hanyalah sekadar kebetulan.