Home Entertainment Shah Rukh Khan Rancang Untuk Satukan Anak Bongsunya Dengan Anak Sulung Kareena...

Shah Rukh Khan Rancang Untuk Satukan Anak Bongsunya Dengan Anak Sulung Kareena Kapoor

0

Tidak lama lagi peminat Hindustan akan melihat kerjasama Anak Shah Rukh Khan dan anak Kareena Kapoor dalam sebuah filem.

Pelakon terkenal Shah Rukh Khan berhasrat untuk menggandingkan anak bongsunya, AbRam Khan dengan putera sulung Kareena Kapoor iaitu Taimur Ali Khan dalam sebuah filem.

abram spotted

Menurut sumber Hindustantimes, Shah Rukh Khan merancang untuk membuat filem itu kerana  Kareena pernah menyuarakan impiannya untuk bekerjasama dengan keluarga Shah Rukh Khan.

“Disebabkan awak (Kareena) pernah berkata yang saya jarang bekerjasama dengan jejaka Kapoor, jadi kita akan satukan Kapoor (Taimur) dan Khan (AbRam) dalam satu projek,” kata Shah Rukh Khan.

Dalam pada itu, Kareena yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan mengakui anaknya dan Shah Rukh Khan mempunyai wajah yang sangat kacak.

Baca lagi: Pipi Makin Runcing, Roh Jeong Eui Kongsi Tips Turun 7kg Kini Berat Tinggal 39 KG

Baca lagi: Park Shin Hye & Choi Tae Joon Timang Cahaya Mata

379f75ef5566f8fb3c64bbfb2ae5443e

“Kita harus lakukan! Dan mereka berdua mempunyai wajah yang sangat kacak,” kata Kareena.

Untuk rekod, Shah Rukh Khan mempunyai dua orang anak lagi iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan hasil perkahwinan dengan Gauri Khan.

Manakala hasil perkahwinan Kareena dengan Saif Ali Khan, mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Jeh Ali Khan.

Sumber: [1]