Bintang kontroversi, Kim Kardashian telah dikhabarkan putus cinta dengan kekasih baru nya,Pete Davidson selepas mereka dilihat berada di London, baru-baru ini.

Bintang “Keeping Up With The Kardashians” itu telah memuat naik gambar di Instagram miliknya, dengan “caption” yang memberi “hint” tentang status hubungan nya itu.

Caption, “Bad News-Nothing lasts forever, Good News-Nothing lasts forever”.

Posting itu telah mendapat reaksi daripada kakaknya, Khloe Kardashian, apabila beliau membalas komen tersebut.

Komen Khloe ialah, “When did this happen?!?!”

Pete dan Kim K telah digosipkan bercinta pada Oktober tahun lepas, sebelum mengesahkan hubungan mereka awal tahun ini. Kim K bagaimanapun pernah berkahwin dengan Rapper terkenal Kanye West, sebelum menfailkan cerai pada Februari 2021.

sumber:Geo.tv

Screenshot 2022 06 01 at 7.48.54 PM

Caption Kim K mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan nya dengan kekasih, Pete Davidson.

Previous articlePipi Makin Runcing, Roh Jeong Eui Kongsi Tips Turun 7kg Kini Berat Tinggal 39 KG
Next articleShah Rukh Khan Rancang Untuk Satukan Anak Bongsunya Dengan Anak Sulung Kareena Kapoor