Home News Park Shin Hye & Choi Tae Joon Timang Cahaya Mata

Park Shin Hye & Choi Tae Joon Timang Cahaya Mata

0

Park Shin Hye dan Choi Tae Joon selamat bergelar ibu bapa!

Screenshot 2022 06 01 at 3.08.34 PM

Pada 31 Mei, agensi Park Shin Hye telah mengeluarkan kenyataan media:

“Hi, kami dari Salt Entertainment.

Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Park Shin Hye telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Seoul pada 31 Mei.

Park Shin Hye dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan berehat dengan suami, pelakon Choi Tae Joon dan beberapa kenalan beliau.

Kami berterima kasih ke atas ucapan dan mesej yang positif, dan kami juga mengharapkan supaya peminat terus memberi sokongan kepada mereka, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.

Terima Kasih.”

Park Shin Hye dan Choi Tae Joon bercinta pada tahun 2017 dan berkahwin pada Januari, tahun ini.

Tahniah diucapkan pada mereka dan keluarga!