Home News Terpalit Dalam Isu Membuli, Ini 2 Sebab Kenapa HYBE Tak Boleh ‘Tendang’...

Terpalit Dalam Isu Membuli, Ini 2 Sebab Kenapa HYBE Tak Boleh ‘Tendang’ Kim Garam Dari LE SSERAFIM?

0

Walaupun kesan negatif skandal buli Kim Garam terhadap LE SSERAFIM dan HYBE, syarikat itu tetap mempertahankan idola itu. Media Korea membincangkan kemungkinan sebab HYBE tidak dapat melepaskan Kim Garam.

Menurut media Korea, terdapat dua kemungkinan sebab yang menjelaskan mengapa HYBE cuba mengekalkan Kim Garam dalam kumpulan itu. Pertama, Kim Garam memegang posisi yang penting dalam kumpulan LE SSERAFIM.

Walaupun baru-baru ini LE SSERAFIM membuat persembahan berlima tanpa Kim Garam itu mendapat sambutan yang baik, mengikut HYBE, LE SSERAFIM masih lagi kumpulan dengan 6 ahli.

dummy

Selain album debut LE SSERAFIM, sudah pasti banyak perancangan yang telah disediakan dengan formasi kumpulan yang terdiri daripada enam ahli.

Sebab lain ialah kemungkinan khabar angin tentang Kim Garam itu telah diperbesar-besarkan. HYBE mengakui dan memohon maaf atas beberapa kata-kata dan tindakan Kim Garam yang tidak wajar tetapi menafikan kebanyakan khabar angin dan menggelarnya sebagai serangan berniat jahat.

Sudah tentu, Kim Garam akan dihukum berat jika terbukti bersalah. Memandangkan kesakitan yang dialami mangsa, jenayah ini tidak boleh dipandang mudah.

Artikel Berkaitan: “Teruskan Naik Ke Puncak…Kerana Ketika Itu Pasti Ramai Yang Ingin Menjatuhkan Awak”,- Pesan Mangsa Buli Kim Garam LE SSERAFIM

Artikel Berkaitan: Netizen Gembira Tiada Lagi Kelibat Pembuli Yang Acah ‘Innocent’, LE SSERAFIM Kini Berlima?kim ga ram 21052022 3

Bagaimanapun, memandangkan tiada apa-apa yang disahkan, masih terdapat kemungkinan khabar angin berniat jahat dicipta oleh orang yang menyasarkan selebriti.

Jika khabar angin tentang Kim Garam diperbesarkan, dakwaan bahawa dia harus dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesilapan yang dia lakukan sebagai seorang kanak-kanak bawah umur boleh menjadi agak berat untuk dia dan HYBE. Atas sebab ini, perkara ini harus dipertimbangkan dengan teliti.