Home Entertainment Seohyun Girls Generation Buka Cerita Bahawa Dia Tidak Gembira Apabila Dapat Debut...

Seohyun Girls Generation Buka Cerita Bahawa Dia Tidak Gembira Apabila Dapat Debut Sebagai Anggota Girls Generation

0

Pada episod 19 Februari ‘Point of Omniscient Interference’ MBC, Seohyun telah membuat penampilan sebagai tetamu dan berkongsi kehidupan hariannya.

Di dalam episod ini, Seohyun bertemu dengan Lee Hwan Hee, sahabat lamanya yang berkawan dengan Seohyun sejak mereka berumur 12 tahun.

Screenshot 2022 02 21 112455

Seohyun memperkenalkannya sebagai seseorang yang mengetahui segala-galanya tentang dirinya.

Mereka telah berjumpa di SM Entertainment sebagai pelatih dan merupakan ahli pra-debut Girls Generation.

Screenshot 2022 02 21 112137

Di dalam episod ini, Seohyun memberitahu Lee Hwan Hee, “Sejujurnya, saya berasa teruk. Saya tidak dapat menghubungi awak atau datang berjumpa awak dengan kerap kerana saya sangat sibuk.

Tetapi awak sentiasa memikirkan saya. Saya rasa mahu menangis. Saya sangat bersyukur mempunyai awak dalam kehidupan saya.”

Baca lagi: Ulasan K-Drama ‘Happiness’: Detik Cemas Penghuni Apartmen Semasa Diserang Virus Zombi

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

Screenshot 2022 02 21 112221

Seohyun juga berkongsi bahawa dia tidak dapat menghubungi Lee Hwan Hee kerana Lee Hwan Hee telah gagal untuk menjadi ahli Girls Generation.

Seohyun berkata, “Saya tidak dapat bercakap dengannya selama beberapa hari. Saya tidak boleh benar-benar gembira selepas saya debut.

Screenshot 2022 02 21 112410

Malah, saya tidak gembira langsung. Saya berasa serba salah dan ingin menangis. Saya tidak berani menghubunginya.”

Dia menyambung, “Tetapi dia yang telah menghubungi saya terlebih dahulu, mengucapkan tahniah. Saya rasa saya telah hidup dengan baik kerana seorang kawan ini.”

Sumber: allkpop