Home K - Pop ‘Semoga Dia Kembali Ingat’- Choo Sarang The Return of Superman Sudah Melupakan...

‘Semoga Dia Kembali Ingat’- Choo Sarang The Return of Superman Sudah Melupakan Korea Selatan

0

Pada 23 September yang lalu, bintang-bintang dan krew program realiti, ‘Dad,Follow Me Now’ telah mengadakan sidang media bagi meraikan pelancaran program itu.

‘Dad,Follow Me Now’ merupakan sebuah rancangan realiti program yang menampilkan anak dan ayah mereka seperti Yoon Min Soo & Yoo Hoo, Lee Jong Hyuk & Lee Joon Su (‘Dad, Where Are We Going?’) dan juga bekas bintang rancangan realiti popular, ‘The Return of Superman’, Choo Sarang & Choo Sung Hoon dan Lee Dong Kook & Lee Jaesi. Rancangan itu menampilkan anak-anak mereka merancang percutian bersama-sama dengan ayah mereka, melancong ke serata dunia.

1663904558 20220922 choosunghoon

Ketika sidang media tersebut, Choo Sung Hoon diminta untuk mengulas mengenai kemunculan anaknya dalam program realiti tersebut, Choo Sarang selepas bertahun lama menyepi daripada ‘The Return of Superman’. Choo memaklumkan, ‘ Saya risau, Sarang sudah bersekolah sekarang dan kerana itu kami berdua terpaksa terbang ulang-alik dari Jepun ke Korea untuk merakamkan rancangan ini.’

Choo Sung Hoon turut menambah, ‘Sarang nampaknya telah lupa untuk berbahasa Korea. Saya sentiasa berbual dengan nya dalam Korea tetapi rakan sekelilingnya kebanyakan menggunakan bahasa Jepun membuatkan Sarang lupa untuk bercakap hangeul. Saya amat berbesar hati jika Sarang dapat belajar Korea semula dan mula belajar untuk mencintai budaya Korea.’

Choo Sarang diaju soalan samada masih mengingati memori ketika muncul dalam ‘The Return of Superman’ dan dia membalas, ‘Saya hanya ingat sedikit iaitu, Siapa nak makan pisang? ” Choo Sung Hoon menambah, ‘dia mengingati itu semua kerana klip itu sangat popular di internet.’

Sementara itu, ‘Dad, Follow Me Now’ bakal ditayangkan bermula 23 September dan peminat-peminat Sarang boleh juga menonton di aplikasi Viu Malaysia.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: ‘Bukan Main Mesra…’- Johnny Depp Dah Tak Single Lagi!