Home K - Pop Foto Nikah YoonA & Lee Jong Suk Didedahkan

Foto Nikah YoonA & Lee Jong Suk Didedahkan

0

Minggu yang lalu, drama hits yang mendapat tempat di hati peminat, ‘Big Mouth‘ telah melabuhkan tirai. Drama itu telah menerima respons yang positif daripada peminat bagaimanapun rata-ratanya kecewa dengan pengakhiran cerita tersebut.

YoonA dan Lee Jong Suk kelihatan sangat romantik ketika melakonkan watak di dalam kdrama itu, Go Mi Ho & Park Chang Ho. Dalam drama tersebut, kedua-dua pelakon itu merupakan pasangan yang telah berkahwin dan mereka menunjukkan ‘chemistry’ yang baik semasa lakonan di dalam drama tersebut.

YoonA yang memegang watak sebagai seorang isteri dan jururawat kepada peguam Park Chang Ho. Go Mi Ho telah bertungkus lumus membersihkan nama suaminya yang telah dituduh menjadi ‘con artist’. Park Chang Ho turut menunjukkan rasa cinta kepada isteri dan kedua-dua mereka seakan-akan pasangan yang sedang bercinta di dunia realiti.

Selepas drama ini telah melabuhkan tirai, gambar-gambar perkahwinan Lee Jong Suk dan YoonA telah didedahkan dan ternyata mendapat perhatian orang ramai! Jangan salah anggap, gambar perkahwinan tersebut diambil daripada drama Big Mouth.

1663879193 image

1663879189 image

1663879207 image

1663879197 image

1663879202 image

1663879211 image

Rata-rata peminat sedih kerana drama itu sudah pun habis dan juga teruja melihat foto-foto perkahwinan mereka berdua. Netizen turut memberitahu bahawa gambar itu kelihatan seperti foto sebenar dan mereka berharap kedua-dua pelakon ini akan digandingkan dalam drama lain pada masa akan datang.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: