Home Entertainment ‘Bukan Main Mesra…’-Johnny Depp Dah Tak Single Lagi!

‘Bukan Main Mesra…’-Johnny Depp Dah Tak Single Lagi!

0

Gosip Johnny Depp Bercinta Dengan Bekas Peguam nya Tersebar Luas tetapi bukan dengan peguam yang melonjak naik namanya ketika perbicaraan dengan Amber Heard yang lalu iaitu Camille Vasques.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu kepada Majalah People, Johnny dikatakan bercinta dengan salah seorang peguamnya yang pernah mewakili beliau ketika kes saman fitnah pada tahun 2020 iaitu Joelle Rich.

Rich, seorang peguam dari London juga merupakan salah seorang daripada peguam yang mewakili Depp ketika kes saman fitnah nya kepada tabloid British iaitu The Sun. Depp telah menyaman surat khabar itu kerana sebuah artikel yang dipercayai mengelar Depp sebagai seorang ‘kaki pukul’.

Bintang filem Pirates of the Caribbean itu telah kalah dalam kes sama fitnah itu selepas juri memutuskan bahawa kemenangan berpihak kepada tabloid The Sun. Bekas isteri Depp, Amber Heard turut dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan artikel yang dikeluarkan oleh tabloid tersebut.

Berbalik kepada cerita ‘cinta’ Depp, Rich bagaimanapun tidak mewakili Depp dalam kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard yang telah mendapat liputan meluas seluruh dunia. Walaupun Rich tidak mewakili Depp dalam kes tersebut, beberapa sumber terdekat melaporkan bahawa Rich tetap hadir bagi memberi sokongan ketika perbicaraan tersebut berlangsung.

GettyImages 1240715304.jpg

Peminat Depp menyangka bahawa Depp sedang hangat bercinta dengan Vasquez tetapi kenyataan tersebut disangkal oleh Vasquel yang memberitahu majalah People bahawa hubungan dia dan Depp tidak lebih daripada peguam dan anak guam.

GettyImages 1240637479.jpg

Johnny Depp & Joelle Rich

“Sangat menyedihkan apabila wanita tidak boleh diberi kebebasan untuk melakukan pekerjaan nya.” Vasques menjelaskan kepada People. “Sesetengah tabloid terlalu inginkan tabloid mereka terjual secara laris sedangkan segala perbualan saya dengan Depp -rakan dan juga anak guam saya- apa yang berlaku di antara kami hanya lah tidak kurang sebagai rakan sekerja dan juga teman rapat.”

Kini selepas beberapa bulan menyepi, Depp akhirnya dikatakan bercinta dengan bekas peguamnya yang juga pernah mewakili Depp ketika tahun 2020 iaitu Joelle Rich.

Mungkin Depp dah bosan hidup single, biarlah dia mencari cinta sejati pula!

Sumber: Global News

Baca artikel terdahulu: ‘Dah Hutang Taknak Bayar’- Heechul Super Junior Luah Kekesalan