Home Entertainment ‘Dah Hutang Taknak Bayar’- Heechul Super Junior Luah Kekesalan

‘Dah Hutang Taknak Bayar’- Heechul Super Junior Luah Kekesalan

0

Heechul Super Junior mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kembali duit yang pernah dipinjam kan kepada rakan-rakan nya kecuali daripada Shindong. Atau dalam konteks lain, rakan-rakan Heechul tidak membayar semula duit yang telah dipinjam oleh Heechul kepada mereka.

Pada 23 September yang lalu, dalam episod ‘Hit Song’, Heechul dan hos kedua rancangan tersebut, Kim Min Ah membincang kan tentang lagu terbaru Lee Jung Hyun yang telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Lagu tersebut membicarakan tentang pengkhianatan. Kim Min Ah bertanya, “Awak ingat lagi bila kali terakhir awak dikhianati?”

1663938232 20220923 heechul2

Heechul menjawab,”Saya tidak pernah menerima kembali duit yang saya pinjamkan kepada rakan-rakan kecuali daripada Shindong. Saya merasakan jika saya tidak memberi pinjam, saya akan kehilangan mereka.”

Heechul mengejutkan semua orang apabila menambah, “Jika saya kumpulkan semua duit yang saya beri pinjam kepada orang lain, saya dah dapat beli sebiji kereta mewah.”

Macam-macam hal lah, kesian juga dekat Heechul ni…

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Sakura Sebak Apabila LE SSERAFIM Dipaksa Melakukan Hal Ini Jika Ingin Debut