Home Entertainment Selepas Terpalit Kes Buli, Bekas Ahli (G)I-DLE Soo Jin Dilaporkan Sertai Agensi...

Selepas Terpalit Kes Buli, Bekas Ahli (G)I-DLE Soo Jin Dilaporkan Sertai Agensi VIVIZ, Ini Respon Agensi

0

Mesti ramai peminat yang menunggu berita baharu mengenai bekas ahli (G)I-DLE Soo-jin, kan?

Terbaru pada 11 Mei, Soo-jin dilaporkan telah menyertai agensi Big Planet Made (BPM), yang juga merupakan rumah bagi VIVIZ, So-you dan ramai lagi.

Berikutan itu, Big Planet Made terus mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media Joy News24, mengatakan bahawa laporan awal mengenai Soo-jin menyertai syarikat mereka adalah tidak berasas sama sekali.

SoojinGIDLEButterflies

“Kita tak pernah jumpa Soo-jin pun. Laporan mengenai kontraknya dengan kami adalah tidak berasas.”

Untuk pengetahuan, Soo-jin ialah bekas ahli kumpulan (G)I-DLE yang bernaung di bawah agensi Cube Entertainment. Selepas terpalit dengan isu buli pada 2021, idola itu telah meninggalkan kedua-dua kumpulan dan agensi tersebut.

Baca lagi: Song Ji Hyo ‘Benci’ Terlibat ‘Love Line’ Dengan Kim Jong Kook, Akui Minat Lelaki Seperti Winnie the Pooh

Baca lagi: Wanita Korea Ini ‘Bertemu’ Mendiang Ibunya Menerusi Realiti Maya