Kim Woo Bin mendedahkan yang beliau selalu mendengar lagu nyanyian D.O Exo setiap kali dalam perjalanan rakaman filem.

1666434744 20221022 kimwoobin

Pada 22 Oktober, pelakon tersebut berkongsi hantaran di Instagram Story miliknya dengan memuatnaik “screenshot” lagu D.O yang didengarinya setiap kali dalam perjalanan menuju ke lokasi rakaman filem atau drama bersiri. Woo Bin turut menulis di hantaran itu, “Lagu D.O ketika dalam perjalanan ke tempat kerja!” Melalui hantaran itu, Woo Bin dilihat sedang mendengar lagu ‘Bite’ yang dinyanyikan oleh D.O untuk drama bersiri terbaru lakonan nya, “Bad Prosecutor“.

Kim Woo Bin pernah berkongsi mengenai minatnya terhadap D.O Exo dan beliau merupakan rakan baik dengan ahli kumpulan Exo. Beliau kerap mendengar lagu nyanyian Exo dan D.O, lebih menarik, beliau turut memilih untuk mendengar kan lagu ‘Rose’ nyanyian D.O dan turut menambah, “Ketika bersenam, saya akan memasang lagu D.O dari awal sampai habis.”

Korang tahu ke mengenai persahabatan D.O & Kim Woo Bin ni? Menarik kan!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Yoo Ah In & IU Dating di ParisĀ 

Previous articleHong Eunchae LEE SSERAFIM Dikritik Gara-Gara Skirt Pendek
Next articleArtis Korea Yang Berkahwin Pada Tahun 2022