Home K - Pop Yoo Ah In & IU Dating Di Paris

Yoo Ah In & IU Dating Di Paris

0

Yoo Ah In & IU dilaporkan bercuti ‘bersama’ di Paris.

Berdasarkan hantaran yang dibuat oleh netizen pada 20 Oktober, Yoo Ah In & IU dilihat bersama di tepi jalan di Paris, France pada hujung bulan lalu. Netizen turut menambah, “mereka dilihat menyapa sesama sendiri daripada jauh. Mereka kelihatan sangat terkejut dan itu semestinya comel sekali!” dan berkongsi gambar di bawah.

Ketika itu, IU dilaporkan berada di Eropah untuk menghadiri “Minggu Fesyen Gucci” di Milan, Itali dan Yoo Ah In pula dilaporkan melawat Musim Panas Bottega Veneta 2023 juga di Eropah.

1666255475 20221020 yooahiniu3 1666255404 20221020 yooahiniu2

Mereka berdua turut berbalas komen sesama sendiri dan perkara itu turut mendapat perhatian netizen. Di dalam sebuah episod KBS, ‘Hello Counselor’, IU menyatakan, “Saya rasa saya meminati Yoo Ah In pada masa ini. Saya sangat teruja menonton drama, Sungkyungkwan Scandal dan saya suka Yoo Ah In. Yoo Ah In turut berkongsi kepada orang ramai melalui sebuah rancangan MBC, “Section TV Entertainment News’ pada tahun 2015, beliau menjelaskan, “IU sangat cantik comel. Semua lelaki pasti akan suka akan dia”. Dan turut memberitahu bahawa IU merupakan ‘ideal type’ wanita yang disukai oleh nya.

Korang rasa apa pendapat korang mengenai khabar angin percintaan mereka?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Lee Sang Yeob & Kim So Hye Bersetuju Untuk Berlakon Dalam Drama Baru