Home K - Pop Hong Eunchae LEE SSERAFIM Dikritik Gara-Gara Skirt Pendek

Hong Eunchae LEE SSERAFIM Dikritik Gara-Gara Skirt Pendek

0

Hong Eunchae LEE SSERAFIM telah menjadi topik bualan hangat di kalangan netizen Korea hanya kerana skirt pendek ini.

Pada 20 Oktober, pakaian Hong Eunchae telah dibincangkan melalui forum komuniti atas talian. Netizen telah berkongsi sebuah hantaran dengan gambar ‘screenshot’ mesej, “Ahli kumpulan wanita yang telah mencetuskan kontroversi kerana memakai skirt yang terlalu pendek.”

1666266047 20221020 hongeunchae2

Ahli kumpulan LE SSERAFIM itu juga telah menjadi perhatian kerana usia nya yang terlalu muda, iaitu 16 tahun. Menurut segelintir netizen, pakaian itu tidak sepatutnya dipakai olehnya kerana terlalu terdedah dan tidak sesuai dengan usianya yang masih muda.

“Hey, dia muda lagi lah! Tolonglah bagi pakaian yang sesuai sikit dengan nya!”

“Apa masalah bagi dia pakai baju macam tu?!”

“Wuish pendek sangat tu! Nasihat lah sikit cara pemakaian untuk budak bawah umur macam ni!”

Korang rasa apa pandangan korang terhadap isu ini?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Yoo Ah In & IU Dating Di Paris