Home Entertainment “Saya Minta Maaf Kerana Tidak Dapat Memberi Maklumat Terperinci”, Jang Na Ra...

“Saya Minta Maaf Kerana Tidak Dapat Memberi Maklumat Terperinci”, Jang Na Ra Tamatkan Zaman Bujang

0

1654216225 20220602 jangnara

Pada 3 Jun, Jang Na Ra (41) telah memuat naik posting mengenai berita perkahwinan nya dia laman web rasmi “fan club” nya.

Mesej tersebut,

Hari ini, saya ingin menyampaikan sedikit khabar peribadi yang juga berita gembira, saya bakal berkahwin!

Saya telah berkawan dengan seorang rakan saya yang berusia 6 tahun lagi muda dari saya, selama 2 tahun, dan kami telah mengambil keputusan untuk berkongsi kehidupan bersama. Saya telah jatuh cinta dengan senyuman, kebaikan, sikap integriti dan paling penting, dia tekun ketika melakukan pekerjaan. Saya sangat gembira untuk hidup bersama dengan orang sedemikkian dan saya juga tidak sabar mahu berkongsi berita ini dengan peminat yang saya sayangi!

Jika dahulu saya tidak mempunyai apa-apa namun kini saya telah menjadi seseorang yang dikenali, semuanya kerana anda semua, peminat yang saya cintai yang tidak jemu memberi sokongan kepada saya.

Saya akan datang dengan sebuah filem baharu, untuk peminat yang saya sayangi, dan saya berharap semoga sentiasa menjadi seorang aktres yang merendah diri.

Akhir sekali, saya meminta maaf kerana tidak dapat memberi secara terperinci mengenai tunang saya kerana beliau bukan lah daripada kalangan selebriti, semoga kalian memahmi, terima kasih.

Ikhlas,

Jang Na Ra

Jang Na Ra pernah membintangi drama, Sell Your Haunted House bersama dengan vokalis CN Blue, Jung Yong Hwa.

Sumber:AllKpop