Home Entertainment Kate Moss Hadiri “Gig” Johnny Depp di Royal Albert Hall?

Kate Moss Hadiri “Gig” Johnny Depp di Royal Albert Hall?

0

Kate Moss bukan sahaja berada secara virtually untuk Depp malah dia juga berada secara nyata bersama dengan Depp, di mana sahaja Depp berada.

Supermodel yang juga bekas kekasih aktor, Johnny Depp itu dilihat berada di London’s Royal Albert Hall pada malam selasa untuk menonton Depp melakukan persembahan dengan Jeff Beck.

Desas-desus mengatakan bahawa Depp telah menjemput Moss untuk hadir ke gig tersebut, dan Moss ternyata dilihat berada di gig itu untuk menonton persembahan bekas kekasihnya itu.

2502a36e35be469ea5d4c48383b05e05 md

Kate berada di gig itu bersama dengan bodyguard nya dan beliau juga dilaporkan tidak bersama dengan Depp setelah selesai gig tersebut, di mana Kate cuma hadir untuk gig itu sahaja.

Nama Kate telah disebut oleh bekas kekasih Depp, Amber Heard ketika perbicaraan antara Heard dan Depp berlangsung, dan Kate telah menepis dakwaan Heard yang menuduh Depp pernah mencederakan Kate pada tahun 2015.

Rata-rata peminat mengharap mereka berdua kembali bersama setelah Kate juga turut memuji tindakan Depp ketika kejadian tersebut berlaku dengan merawat Kate yang tercedera.

Source:TMZ