Home K - Pop “Saya Belum Vaksin Sebab Sibuk.” Agensi Segera Jelaskan Kenyataan Rowoon ‘SF9’ Itu

“Saya Belum Vaksin Sebab Sibuk.” Agensi Segera Jelaskan Kenyataan Rowoon ‘SF9’ Itu

0

“Saya tak dapat vaksin lagi kerana saya sibuk.” kata ahli kumpulan K-pop ‘SF9′ itu semasa sesi tandatangan peminat secara panggilan video pada 25 November lalu.

Ketika ditanya peminat sama ada dia sudah melalui vaksinasi atau belum, Rowoon berkata, “Saya belum sempat vaksin lagi.”

Selepas kenyataannya itu dikritik netizen, agensinya FNC Entertainment terus mengambil tindakan.

Pada 26 November, FNC Entertainment mengeluarkan kenyataan di Twitter kelab peminat SF9.

“Tempahan vaksin Rowoon telah dibuat, tetapi disebabkan jadual drama yang padat, vaksinasi masih belum selesai namun kami tetap akan melakukannya,” kata pihak pengurusan artis tersebut.

“Saya harap tiada sebarang salah faham tentang kata-kata Rowoon, dan kami meminta anda supaya elakkan menyebar berita berniat tak elok.”

Rowoon baru-baru ini menamatkan penggambaran untuk drama KBS2 ‘Yeonmo’ dan terpilih sebagai pengacara untuk program ‘KBS Gayo Festival’ pada bulan hadapan.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat tidak wajar dia menghadiri acara yang dihadiri orang ramai tanpa vaksinasi. Selain itu, terdapat ahli kumpulannya yang lain terkena Covid-19 turut menimbulkan perasaan kurang senang.

 

Sumber: [1]