Home Kdrama/Kmovie Apa Itu ‘Criminal Profiler’, Kerjaya Yang Sering Diangkat Dalam K-Drama?

Apa Itu ‘Criminal Profiler’, Kerjaya Yang Sering Diangkat Dalam K-Drama?

0

Ketika menatal aplikasi Viu, poster drama Korea berjudul ‘Tell Me What You Saw’ mencuri perhatian penulis. Ia menceritakan tentang gerak kerja antara polis dan criminal profiler.

1

Drama lain yang ditemui pula adalah ‘Criminal Minds’ tentang pakar profling dalam satu kejadian ancaman bom. Selain itu, sebuah dokumentari Netflix berjudul ‘Raincoat Killer’ yang memaparkan penangkapan penjenayah prolifik di Korea Selatan turut tunjukkan cara criminal profiler bekerja.

Manakala skrin Hollywood lagi banyak memaparkan kerjaya ini, terkini dalam filem top 10 Netflix, ‘Red Notice’ di mana The Rock jadi profiler untuk tangkap penjenayah artifak seni.

Apa Itu Criminal Profiler?

“Apakah hubungan dia dengan mangsa?”

“Apakah senjata yang digunakannya?”

“Adakah ini jenayah terancang atau tidak?”

2 2

Itulah antara persoalan yang bermain di fikiran seorang criminal profiler di lokasi jenayah. Secara umumnya, criminal profiler ini difahamkan kerjanya menganalisis sesuatu kes bagi dapatkan gambaran siapakah penjenayah sebenar.

Dalam filem dan rancangan televisyen, kerjanya memang nampak dramatik di mana orangnya mampu ‘menembus masuk ke dalam fikiran penjenayah’ dan sekejap je dah dapat tangkap.

Namun menurut portal Military.com, itu hanya berlaku dalam TV. Dalam dunia sebenar, jika seseorang criminal profiler itu boleh tahu secara tepat bagaimana aktiviti jenayah dilakukan dengan sempurna, silap-silap dia dihantar ke hospital mental atau dituduh sebagai pelakunya.

Bagaimana Cara Kerjanya?

Realitinya, kerja ini kena banyak buat research, siasatan, kumpul fakta dan statistik serta berpengetahuan tentang perilaku jenayah untuk bantu polis mengesan suspek.

3 2

Kerjaya ini lebih banyak bermain dengan psikologi, bercampur penyiasatan menggunakan kaedah tertentu . Antara tugas mereka seperti berikut:

  • Compile dan bandingkan data jenayah dan pesalah yang mirip kes serupa untuk mencipta profil suspek.
  • Membentuk hipotesis logik berdasarkan laporan saksi, keterangan mangsa dan bukti tempat kejadian jenayah.
  • Mengetuai siasatan semasa mengkaji perilaku dan personaliti jenayah
  • Melawat tempat kejadian, menganalisis petunjuk yang ditinggalkan dan menemu bual saksi
  • Buat kesimpulan dan laporan
  • Kena banyak pergi training untuk mempelajari kaedah dan alat yang lebih canggih.

Menurut laman indeed, laluan akademik untuk karier ini adalah minimum ijazah dalam bidang psikologi, forensik dan kepolisan.

Sejarah Kewujudan Kerjaya Ini

Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendedahkan maklumat yang teknik criminal profiling ini asalnya digunakan pada 1880-an semasa nak kaji personaliti Jack of Ripper, penjenayah legenda di London.

4 2

Ia tidak dianggap disiplin formal sehinggalah tahun 1972, FBI mewujudkan Unit Sains Kelakuan (BSU) untuk siasat peningkatan kes pemerkosaan di Amerika Syarikat, menurut perkongsian laman Forensics College.

Sejak itu, teknik penyiasatan ini jadi lebih canggih dan turut digunakan dalam aktiviti jenayah lain seperti penculikan, jenayah siber, penderaan kanak-kanak dan jenayah kolar putih.

Begitulah serba sedikit informasi tentang kerjaya yang selalu muncul di kaca TV ini.