Home K - Pop Peminat Nak Beli Kereta Ini, Kerana Ada Cap Jari Ahli BTS

Peminat Nak Beli Kereta Ini, Kerana Ada Cap Jari Ahli BTS

0

Pada 23 November lalu, Cher Calvin memuat naik video persembahan BTS di laman Instagram.

Menerusi video tersebut, para ahli BTS sedang mengadakan ‘Crosswalk Concert’ di mana ketujuh-tujuh ahli BTS keluar semasa lampu trafik merah, kereta berhenti dan mereka pun buat persembahan di jalanan itu.

Pemandu yang mula-mula berhenti di lampu isyarat itu berjaya duduk di depan sekali untuk menonton persembahan kumpulan K-pop hit ini.

giphy

Salah seorang individu yang bertuah adalah penyampai berita bernama Cher Calvin.

Dalam videonya, kelihatan salah seorang anggota BTS iaitu V menyentuh hujung keretanya semasa menari.

Selepas itu, dia berkongsi gambar bekas tangan V yang terdapat pada permukaan keretanya.

Untitled 2

Cher kata dia terima banyak ‘PM harga’ atau permintaan untuk beli keretanya daripada peminat di seluruh dunia. Beberapa peminat komen:

“Kalau aku tak basuh kot kereta tu.”

“Aku rasa dengki sangat sampai rasa nak gila.”

“Sekarang juga saya akan transfer duit, jadi tolong jual kereta tu kepada saya.”

Sumber: [1]