Home Politics Kementerian Pertahanan Korea Belum Capai Kata Putus Sama Ada BTS Patut Masuk...

Kementerian Pertahanan Korea Belum Capai Kata Putus Sama Ada BTS Patut Masuk Tentera Atau Tidak

0

Pada 25 November lalu, Dewan Rakyat (National Assembly) Korea Selatan membincangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Perkhidmatan Tentera, di mana artis K-pop yang menaikkan nama negara boleh menggantikan perkhidmatan ketenteraan menerusi kerja sukarelawan.

Perbahasan berhubung perkhidmatan tentera kumpulan ‘BTS’ turut diangkat dalam dewan tersebut, lapor media Korea Wikitree.

Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang kesimpulan dapat dicapai kerana perbezaan pendapat daripada parti kerajaan dan pembangkang.

Suruhanjaya Pertahanan Negara merancang untuk meneruskan perbincangan selepas menyediakan prosedur untuk mengumpul pendapat orang awam.

Akta Perkhidmatan Tentera pada asalnya mengecualikan ahli sukan dan artis. Namun terdapat beberapa ahli dewan berasa kurang senang untuk terima pengecualian itu atas beberapa sebab termasuk populasi rakyat Korea Selatan yang kian menurun, jadi sumber manusia untuk jadi tentera turut semakin berkurangan.