Home Kdrama/Kmovie Satu Episod Lakonan Pelakon Terkenal Kim Soo Hyun Mampu Beli Sebuah Rumah,...

Satu Episod Lakonan Pelakon Terkenal Kim Soo Hyun Mampu Beli Sebuah Rumah, Ini 5 Genre Drama Korea Yang Dibintangi Kim Soo Hyun

0

Kim Soo-hyun merupakan seorang pelakon yang sangat versatil kerana dia tidak pernah membawa watak yang sama dua kali. Daripada makhluk asing yang serius sehingga ke ‘banduan’ sudah jelas mutu lakonannya yang mantap.

Tahukan anda Kim Soo Hyun merupakan pelakon paling kaya di Korea Selatan? Dia akan menerima bayaran sebanyak RM 368 ribu untuk setiap episod. Pastinya sudah boleh membeli sebuah rumah jika dia duduk di Malaysia.

Berikut adalah lima genre drama Korea yang telah dimainkan Kim Soo Hyun yang menjadikannya salah seorang pelakon terbaik di negara ginseng itu.

1. Romantic-Comedy di Dream High

nonton drama korea dream high sub indo viu 1 800x446 1

Drama bertemakan sekolah dan muzik ini nyata mengangkat nama Kim Soo-hyun dalam industri K-Drama. Lelaki ini telah membawa watak Song Sam-dong, seorang remaja daripada kampung pendalaman yang merupakan seorang yang hebat dalam bidang muzik.

Ramai penonton yang terbuai apabila melihatkan kesungguhan lelaki itu mengejar cinta pertamanya Ko Hye-mi (Suzy) sehingga ke Kirin High School Of Art, sebuah sekolah muzik berprestij.

2. Historical Fantasy di Moon Embracing the Sun

Slide Banner The moon embracing the sun 800x450 1

Drama fantasi sejarah ini mengisahkan percintaan antara raja dan tukang tilik pada era Joseon. Lee Hwon (Kim Soo Hyun) ialah seorang putera yang bijak, yang jatuh cinta dengan Heo Yeon Woo (Han Ga In). Heo Yeon Woo hampir menjadi permaisuri tetapi telah dibunuh.

7 tahun kemudian, putera raja telah berubah menjadi Raja Joseon yang berkarisma dan bertemu dengan seorang tukang tilik bernama Wol (Han Ga In), yang mempunyai wajah yang hampir sama dengan Yeon Woo.

Cinta yang utuh terhadap cinta pertamanya itu meskipun melalui pelbagai halangan pasti akan membuatkan anda kekal menonton sehingga ke penghujungnya.

3. Romance Fantasy di My Love from The Star

Slide Banner My love from the star 800x450 1

Satu lagi drama Korea terkenal lakonan Soo Hyun ialah My Love from The Star, yang diterbitkan pada tahun 2013. Di dalam drama ini Soo Hyun digandingkan bersama pelakon paling popular di Korea Selatan, Jun Ji Hyun.

Drama ini mengisahkan cerita cinta antara makhluk asing dan manusia. Ini telah menjadikan mahkluk asing dilema, sama ada untuk kekal di bumi atau kembali ke planet asalnya.

3 6

Do Min Joon (Kim Soo Hyun) ialah makhluk asing yang mesti hidup di bumi selama empat abad, kerana dia telah membantu seorang wanita yang hampir jatuh dari tebing. Oleh sebab itu, dia terlepas peluang untuk kembali ke planet asalnya.

Pada abad ke-21 dia telah bertemu dengan Cheon Song Yi (Jun Ji Hyun), seorang pelakon Hallyu yang sangat terkenal tetapi sombong dan angkuh. Walaupun pada mulanya dia berusaha untuk mengelak dari berjumpa Song Yi, akhirnya Min Joon jatuh cinta kepadanya.

Baca lagi: 5 Filem Komedi Aksi Yang Kelakar & Menghilangkan Stress

Baca lagi: Kerana Kesalahan Hospital Im Soo Hyang ‘Termengandung’ Sebelum Kahwin, Ini 3 Fakta Menarik “Woori The Virgin”!

4. Action-Comedy Drama di Secretly Greatly

nonton streaming download drakorindo secretly greatly sub indo viu slide banner

Movie yang bertemakan ejen rahsia Korea Utara ni diadaptasikan dari webtoon karya Hun yang bertajuk Covertness dan diterbitkan pada tahun 2010.

Won Ryu-Hwan (Kim Soo-Hyun) antara askar terbaik Korea Utara yang menguasai 5 bahasa dengan nama samaran 5446 Corps. Dia dihantar ke Korea Selatan dan menyamar sebagai Dong-gu, lelaki yang hilang ingatan dan terencat akal sementara menunggu misi yang akan dihantar dari pihak atasan.

Satu hari Ryu-Hwan berjumpa askar junior, Lee Hae-jin (Lee Hyun-woo) yang menyamar sebagai budak sekolah. Walaupun baru dihantar beberapa hari ke Korea Selatan, Hae-jin dapat misi untuk bunuh semua askar Korea Utara yang menyamar di Korea Selatan. Mampu atau tak dia bunuh Ryu-Hwan yang dianggap sebagai idola terbaik dalam hidup dia?

5. Crime– Thriller di One Ordinary Day

5 6

Dalam drama terbaru lakonan Soo Hyun ini, ia telah mengetengahkan genre jenayah yang diadaptasi dari siri Amerika Syarikat bertajuk Criminal Justice.

Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seseorang yang terperangkap dalam sistem keadilan yang diskriminasi dan tidak adil di penjara.

Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun) ialah seorang pelajar kolej yang tiba-tiba menjadi suspek dalam kes pembunuhan ngeri terhadap seorang wanita.

Kehadiran Shin Joong Han (Cha Seung Won), seorang peguam yang tidak mempunyai sebarang pencapaian telah memberikan sedikit harapan untuk membuktikan yang dia tidak bersalah.

Semua drama Kim Soo Hyun ini boleh ditonton menerusi laman web atau muat turun aplikasi Viu.

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton semua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.