Home Movie 5 Filem Komedi Aksi Yang Kelakar & Menghilangkan Stress

5 Filem Komedi Aksi Yang Kelakar & Menghilangkan Stress

0

Filem aksi lazimnya tegang dan membuatkan penonton berdebar-debar. Apabila disadur dengan unsur komedi, ia menjadi makin menarik dan mengundang gelak tawa. Stress pun boleh terbang hilang entah ke mana.

Oleh itu, berikut 5 filem komedi aksi dari Korea yang kami rekomen untuk meceriakan hari anda:

#1 Extreme Job

Pada waktu siang hari, mereka menjual ayam goreng, manakala malam pula mengintip penjenayah. Begitulah rutin sekumpulan polis bahagian narkotik yang diarahkan untuk cekup tokan dadah di Korea.

Salah satu jalannya adalah membeli kedai ayam goreng di depan markas penjenayah tersebut untuk mengintip. Namun lain jadinya apabila kedai ayam goreng itu pula laris dan lebih berjaya daripada kerja sebenar mereka!

Pelakon utama: Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, Gong Myung

#2 Pipeline

Enam perompak yang terdiri daripada tauke syarikat minyak, technician terbaik, jurutera-jurutera, pakar cari gali dan pakar welding merancang untuk rompak minyak yang tersembunyi jauh di dalam terowong bawah tanah di Korea.

Mereka buat semua ni sebab nak merubah kehidupan tapi niat yang tak menghalalkan cara itu dihidu oleh pihak polis dan mereka hidup dalam buruan bila dikejar seorang detektif.

Pelakon utama: Seo In-guk, Lee Soo-hyuk, Eum Moon-suk

#3 Midnight Runner

Ki Joon (Park Seo-Joon) dan Hee Yeol (Kang Ha-Neul) merupakan pelajar baru di Universiti Kepolisan di Korea. Meskipun berbeza latar belakang dan personaliti, akhirnya mereka boleh jadi kawan.

Suatu malam, Ki Joon dan Hee Yeol ternampak seorang wanita diculik. Dua kadet polis itu melakukan siasatan sendiri dan mendapati kes penculikan tersebut ada kaitan dengan sebuah sindiket mafia.

Sayangnya, niat baik mereka dihalang oleh kerenah birokrasi yang rumit. Jadi mereka bertindak sendiri bagi menyelamatkan wanita terbabit sebelum terlambat.

Pelakon utama: Park Seo-Joon, Kang Ha-Neul

#4 Sinkhole

Sinkhole mengisahkan perjuangan hidup orang ramai apabila kediaman mereka tiba-tiba runtuh dan tertimbus di dalam lubang yang begitu dalam.

Selama 11 tahun, Park Dong Won menabung untuk membeli rumah sendiri. Namun semuanya ranap sekelip mata kerana ditarik ke dalam lubang raksasa yang mengerikan di tengah kota. Ketika itu, dia sedang berpesta meraikan rumah barunya bersama beberapa orang rakan sekerjanya.

Musibah tersebut mempertemukan mereka dengan jiran Dong Won di bawah tanah itu, dan mereka harus bekerjasama untuk survival dan keluar dari situ.

Pelakon utama: Cha Seung-won, Kim Sung-kyun, Lee Kwang-soo, Nam Da-reum.

#5 Secretly, Greatly

Dalam filem ini, Kim Soo Hyun berpura-pura jadi ‘3 suku’ atau dalam bahasa terus terangnya, terencat akal. Dibaling batu, dibuli dan kena marah tetapi dia tetap tersengih-sengih. Jiran-jiran ingat dia tolol.

Namun sebenarnya dia ada rahsia tersendiri kenapa berkelakuan begitu. Kerana mahu melindungi identitinya sebagai agen khas dari Korea Utara dan tak nak dicurigai.

Tugasnya sebagai perisik bukan main-main bila sampai ke Korea Selatan itu. Kemudian dia jumpa lagi dua orang mata-mata dari negara asalnya yang menyamar jadi penyanyi dan pelajar sekolah. Bermulalah kisah lucu dan pengembaraan 3 agen rahsia ini untuk menyelesaikan misi mereka.

Pelakon utama: Kim Soo Hyun, Lee Hyun Woo, Park Ki Woong

Nak Tengok Kat Mana?

Tonton atau download filem-filem komedi aksi ini di Viu!  Jangan tunggu lama-lama layan filem ini kerana selepas ini mungkin banyak lagi movie baru-baru akan datang.

Apabila penulis selongkar aplikasi Viu ini, banyak juga konten dari Korea Selatan yang best-best di platformnya.

Berbaloi jugalah penulis secara peribadinya pun turut melanggan dan mengaktifkan Viu Premium bagi menonton drama, filem, rancangan realiti TV dari Korea dan Asia tanpa sekatan (yang bestnya lagi tak ada iklan!).

Aplikasi Viu ini boleh dimuat turun dalam smartphone supaya boleh streaming di mana dan bila-bila masa sahaja.